User manual

90
Tetapan Lain (Sediakan)
[MENU] * Tab “Sediakan” * No. Fail
Gunakan prosedur berikut untuk menentukan peraturan yang mengawal penjanaan
nombor siri yang digunakan dalam nama fail (halaman 86).
[MENU] * Tab “Sediakan” * Waktu Dunia
Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon
yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb.
Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh
dunia.
1. Gunakan [8] dan [2 ] untuk memilih “Destinasi” dan kemudian tekan
[6].
Untuk menukar kawasan geografi dan bandar bagi waktu di mana anda
biasanya menggunakan kamera, pilih “Rumah”.
2. Gunakan [8] dan [2 ] untuk memilih “Bandar” dan kemudian tekan
[6].
Untuk menukar tetapan “Destinasi” ke waktu musim panas, gunakan [8] dan
[2] untuk memilih “DST” dan kemudian pilih “Hidup”. Waktu musim panas
digunakan di beberapa kawasan geografi untuk menukar tetapan waktu
semasa satu jam ke hadapan ketika bulan musim panas.
Menentukan Peraturan Penjanaan Nombor Siri Nama Fail
(No. Fail)
Teruskan
Beritahu kamera untuk mengingati nombor fail terakhir yang
digunakan. Fail baru akan dinamakan menggunakan nombor jujukan
seterusnya, walaupun fail telah dipadam atau kad memori kosong
dimuatkan. Jika kad memori dimuatkan dan kad telah mempunyai fail
di dalamnya dan nombor jujukan terbesar dalam nama fail sedia ada
adalah lebih besar daripada nombor jujukan terbesar yang diingati
kamera, penomboran fail baru akan bermula daripada nombor jujukan
terbesar dalam nama fail sedia ada campur 1.
Set
Semula
Mula semula nombor siri daripada 0001 apabila semua fail dipadam
atau apabila kad memori diganti dengan yang kosong. Jika kad
memori dimuat dan kad telah mempunyai fail di dalamnya,
penomboran fail baru akan bermula daripada nombor jujukan terbesar
dalam nombor nama fail sedia ada campur 1.
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia)