Ms Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Aksesori Semasa anda membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Penyesuai USB-AC*1 (AD-C54UG/AD-C53U) Bateri ion litium boleh cas semula (NP-150) Kord kuasa*2 Kabel USB Mikro Rujukan Asas Untuk memasang tali pada kamera 1 Tali Pasang tali di sini. 2 *1 Jenis Penyesuai USB-AC yang disertakan adalah berbeza-beza mengikut negara atau kawasan geografi di mana kamera dijual.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Panduan Umum. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Menggunakan BEST SHOT 49 Merakam Syot Kilat Lebih Jelas . . . . . . . . . . . . . . . . .(Berbilang Zum SR) . . Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang Secara Digital . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (HDR) . . Merakam dengan Pemandangan Malam Berkelajuan Tinggi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Pemandangan Malam HS) . . Merakam dengan Antigoncang Berkelajuan Tinggi . . . (Antigoncang HS) . . Merakam dengan Mengutamakan Wajah Subjek . . . .
Percetakan 83 Percetakan dengan Komputer . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 83 Menggunakan Kamera dengan Komputer 85 Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer.... . . . . . . . . . . . . 85 Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 85 Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 86 Memainkan Filem . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item.
Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya Skrin monitor menggunakan pelbagai penunjuk, ikon dan nilai untuk memastikan anda mengetahui status kamera. • Contoh skrin pada bahagian ini bertujuan menunjukkan anda lokasi semua penunjuk dan rajah yang mungkin muncul pada skrin monitor dalam pelbagai mod. Ia tidak mewakili skrin yang sebenarnya muncul pada kamera. .
. Rakaman Filem 1 Kualiti filem (halaman 46, 61) Ikon suis masa rakaman (halaman 47) Ikon baki masa filem (halaman 47) 5 Baki kapasiti memori filem/ 2 34 Masa rakaman filem (halaman 47, 120) 6 Ikon zum (halaman 31, 43) “c” Ikon Berhenti filem (halaman 32, 47) .
. Mengkonfigurasi Penjajaran Skrin Auto (Putar auto) Anda boleh guna tetapan Putar Auto untuk mendayakan atau melumpuhkan putaran automatik kandungan skrin mengikut orientasi fizikal skrin monitor. 1. Hidupkan kamera dan kemudian sentuh “«” (Putar auto). • Jika anda tidak melihat “«” pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya (halaman 29). 2. Pilih tetapan Putar Auto yang anda mahu. Hidup Secara automatik mengorientasikan kandungan skrin supaya sepadan dengan orientasi kamera.
Asas Mula Pantas Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut. Pelbagai gaya rakaman Bingkai boleh dibuka dan skrin monitor LCD diputar ke posisi yang memudahkan anda merakam diri sendiri dan memberikan lebih keselesaan apabila merakam dalam tempoh yang lama. *Lihat halaman 13 untuk maklumat lanjut.
ART SHOT Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik. “ART SHOT” menyediakan kesan berikut: Seni HDR, Syot Berkilau, Kamera Mainan, Fokus Lembut, Tona Lembut, Terserlah, Sepia, Monokrom, Miniatur, Mata ikan. *Lihat halaman 39 untuk maklumat lanjut.
Menukar Gaya Kamera Mengikut Keadaan Rakaman Anda boleh menukar konfigurasi kamera dengan membuka atau menutup bingkai dan memutarkan panel skrin monitor untuk disesuaikan dengan keadaan rakaman. • Jangan kenakan tekanan yang kuat pada permukaan skrin monitor. Berbuat demikian boleh merosakkannya. • Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan benda asing lain pada kanta boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Memutarkan Skrin Monitor Gunakan langkah-langkah di bawah untuk memutarkan skrin monitor. • Semasa memegang panel skrin monitor seperti ilustrasi yang ditunjukkan, anda boleh memutarkannya 180 darjah mengikut arah jam dan 90 darjah mengikut lawan arah jam. • Panel skrin monitor juga boleh diputar apabila bingkai ditutup. 1. Pegang kamera seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. 2. Pegang kuat bingkai, dan berhati-hati memutarkan panel skrin monitor.
Konfigurasi Kamera Anda boleh buka bingkai dan putar skrin monitor untuk pelbagai gaya yang berlainan. Rakaman Biasa Rakam dengan memastikan skrin monitor menghadap ke arah bertentangan kanta. Rakaman Filem Buka bingkai 90 darjah dan pegang bingkai. Anda juga boleh merakam dengan menterbalikkan kamera, jika anda mahu. Rakaman Di Atas Meja Arahkan skrin monitor dan kanta pada arah yang sama dan buka bingkai kirakira 30 darjah supaya kamera boleh berdiri.
• Apabila merakam, pastikan kamera tidak bergerak. Perlahan-lahan tekan butang pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan semasa pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. • Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak melindungi Lampu LED mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
Seret Sentuh dan tahankan jari terhadap skrin semasa menyeretkan jari ke atas, bawah, kiri atau kanan. Gunakan seret untuk memindahkan imej skrin ke lokasi berbeza, dan untuk menatal antara imej. Besarkan Letak ibu jari dan jari telunjuk di skrin dan besarkannya. Guna besarkan untuk membesarkan imej skrin. Kecilkan Letak ibu jari dan jari telunjuk di skrin dan kecilkannya. Guna kecilkan untuk mengurangkan saiz imej skrin. • Jangan menggunakan objek tajam atau keras untuk melaksanakan operasi skrin.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-150) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Memasukkan bateri 1. Buka penutup. Semasa menekan butang [BATT.OPEN], luncurkan penutup ke arah yang ditunjukkan oleh anak panah dalam ilustrasi. 1 3 2 Butang [BATT.OPEN] 2.
Untuk menggantikan bateri 1. Buka penutup bateri dan keluarkan bateri yang ada. Tarik pinggir bateri untuk mengeluarkannya seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. 2. Masukkan bateri baru. Caskan Bateri Anda boleh menggunakan satu daripada dua kaedah berikut untuk mengecas bateri. Sebelum anda mengecas bateri, guna prosedur dalam “Pembukaan dan penutupan bingkai” (halaman 13) untuk membuka bingkai. • Penyesuai USB-AC • Sambungan USB ke komputer .
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan, atau suhu sekeliling melampau boleh menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Jika pengecasan mengambil masa lebih lima jam, pemasa akan menghentikannya secara automatik, walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya. Ini ditunjukkan dengan lampu belakang yang berkelip merah. Jika bateri sudah lama tidak digunakan, pengecasan mungkin ditamatkan secara automatik dan lampu belakang mungkin akan mula berkelip merah hanya selepas 60 minit.
Langkah Berjaga-jaga Sambungan Kabel USB • Apabila menyambung kabel USB kepada kamera, pastikan penyambung kabel dan panel skrin monitor diorientasikan dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah. Pastikan bahagian bertanda u penyambung kabel USB dan bahagian depan panel skrin monitor (bahagian bertentangan skrin monitor) menghadap arah yang sama. Depan panel skrin monitor Lampu belakang biasanya hidup sekejap selepas pengecasan dimulakan.
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer Sambungan USB membolehkan anda mengecas bateri ketika ia dimuatkan dalam kamera. Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah (, ). Komputer (kuasa dihidupkan) [USB] port Port USB USB 2 1 Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) u tanda penyambung (USB mikro) kecil menghadap bahagian bertentangan skrin monitor.
Operasi Lampu Belakang Lampu belakang Status Lampu Penerangan Merah Menyala, (Kuning Menyala/ Berkelip) Mengecas Berkelip Merah Suhu sekeliling tak normal, pengecasan mengambil masa yang sangat lama atau masalah bateri (halaman 110) Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai • Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
Memeriksa Tahap Bateri Semasa Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan tahap semasanya seperti ditunjukkan di bawah. Tahap Tinggi Penunjuk Bateri Warna Penunjuk Biru Rendah * * * Kuning * * Merah * Merah menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin. Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera. • Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda bertukar antara mod RKM dengan mod MAIN.
1. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera. 2. Seret (halaman 17) ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa bahasa yang anda inginkan, dan kemudian sentuh untuk memilihnya. 3. Sentuh format paparan tarikh yang anda inginkan. [p] (Kuasa) Contoh: Julai, 10, 2015 TT/BB/HH * 15/7/10 HH/BB/TT * 10/7/15 BB/HH/TT * 7/10/15 4. Sentuh nilai yang anda ingin tukar (tahun, bulan, hari, jam, minit). 5. Sentuh “8” atau “2” huntuk menukar nilai yang sedang dipilih.
Menyediakan Kad Memori Walaupun kamera memiliki memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia secara komersil untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina dalam. • Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 120.
Untuk memuat kad memori 1. Tekan [p] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka bingkai (halaman 13). 2. Guna kuku anda untuk mencungkil penutup [CARD HDMI] dan tarik penutup ke arah yang ditunjukkan oleh anak panah untuk membukanya. 3. Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian belakangnya menghadap ke atas (ke arah sisi skrin monitor kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Penutup [CARD HDMI] Belakang Depan 4.
. Untuk menggantikan kad memori Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan kemudian masukkan yang lain. • Jangan keluarkan kad daripada kamera semasa lampu belakang berkelip hijau. Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi simpan imej gagal dan juga merosakkan kad memori. Untuk memformat (mengasal) kad memori baru Formatkan kad memori pada kamera sebelum menggunakannya buat kali pertama.
Menghidupkan Kuasa Hidup dan Mati . Untuk menghidupkan kamera Lampu belakang Tekan [p] (Kuasa). Ini akan menghidupkan kamera, yang ditunjukkan apabila lampu belakang menyala hijau, dan memasuki mod RKM. Memasuki Mod RKM dan Mod MAIN Untuk memasuki mod MAIN Dalam mod RKM, sentuh “p” (MAIN). • Jika Auto, BEST SHOT, atau ART SHOT dipilih sebagai mod rakaman, anda boleh menukar kepada mod MAIN dengan menyentuh tab dan kemudian menyentuh “p” (MAIN). Untuk memasuki mod RKM Dalam mod MAIN, sentuh tab.
Untuk Tangkapan Syot Kilat Kamera anda mempunyai pelbagai jenis mod rakaman yang berbeza agar sesuai dengan pelbagai keadaan dan tujuan rakaman (halaman 38). Bahagian ini menjelaskan prosedur penggambaran umum menggunakan mod rakaman auto. Memilih Mod Rakaman Auto Anda boleh pilih satu daripada dua mod rakaman (Auto atau PRO Auto Premium) bergantung pada keperluan pengimejan digital anda. Tetapan Auto PRO Auto Premium Paparan Ikon Skrin RKM Penerangan Ini adalah mod rakaman Auto standard.
Untuk menangkap syot kilat 1. Halakan kamera pada subjek. Jika anda menggunakan PRO Auto Premium, teks akan muncul di sudut kanan sebelah bawah skrin monitor menerangkan jenis tangkapan yang dikesan oleh kamera. • Sentuh ikon zum untuk mengubah faktor zum (halaman 43). Kapasiti filem (masa rakaman) Kapasiti syot kilat (bilangan syot) Jenis tangkapan + (Telefoto) 2. – (Sudut Lebar) Ikon Zum Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk memfokuskan imej.
3. Sambil memastikan kamera tidak bergerak, tekan butang pengatup sepenuhnya. Tekan penuh Ini akan merakam syot kilat. Tangkap (Imej dirakamkan.) Membuat Rakaman Filem Sentuh “b” (Filem) untuk memulakan rakaman filem. Sentuh “c” (Berhenti Filem) untuk menghentikan rakaman. Lihat halaman 46 untuk butiran. “b” (Filem)/ “c” (Berhenti Filem) • Anda juga boleh menangkap syot kilat dengan menyentuh satu titik pada skrin monitor (halaman 58). • Anda boleh tentukan saiz imej untuk syot kilat.
. Merakam dengan PRO Auto Premium • Selain kelajuan pengatup dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO Auto Premium. – Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda anda menekan butang pengatup sehingga separuh. – Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di situ. – Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
2. Sentuh “ú” atau “õ”, atau seret ke kiri atau kanan imej skrin untuk menatal syot kilat. • Untuk menatal pada kelajuan tinggi, sentuh dan tahan “ú” atau “õ”. “õ” “õ” “ú” “ú” • Menekan butang pengatup semasa dalam mod MAIN atau semasa skrin menu dipaparkan akan menukar terus ke mod RKM. • Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas sebab tertentu.
. Untuk memadam fail tertentu 1. Masuk ke mod MAIN. 2. Sentuh “t”. • Jika “t” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya. 3. Sentuh “Pilih”. Ini memaparkan skrin permilihan fail. 4. Sentuh fail yang anda ingin padam. Ini akan memilih kotak semak imej fail yang dipilih. 5. Setelah anda selesai memilih fail, sentuh “Padam”. 6. Sentuh “Padam”. Ini memadam fail yang anda pilih. • Untuk membatalkan operasi pemadaman, sentuh “Batal” dalam langkah 6. . Untuk memadam semua fail 1.
Penggambaran Tertutup di bawah Pencahayaan Pendarfluor • Kelipan kecil pencahayaan pendarfluor boleh memberi kesan pada kecerahan dan warna imej. Peringatan Lain • Lebih rendah kelajuan pengatup, lebih besar kemungkinan berhasilnya hingar dalam imej. Jadi, kamera secara automatik melakukan pengurangan hingar pada kelajuan pengatup rendah. Proses pengurangan hingar menyebabkannya merakam imej dalam tempoh lebih lama pada kelajuan pengatup lebih rendah.
Merakam Imej Menyentuh skrin monitor dalam mod RKM akan memaparkan skrin untuk mengkonfigurasi tetapan mod RKM. . Untuk mengkonfigurasi tetapan mod RKM 1. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera dan masuk ke mod RKM. • Jika kamera dalam mod MAIN, sentuh “r” (RKM) untuk memasuki mod RKM. [p] (Kuasa) 2. “r” (RKM) Sentuh item tetapan yang anda ingin ubah. • Jika tiada ikon di sepanjang sisi kiri skrin, sentuh tab untuk memaparkannya.
Memilih Mod Rakaman Kamera mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan. 1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod rakaman. • Jika ikon tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya. 2. Sentuh ikon pada mod rakaman yang anda ingin gunakan. Ikon mod rakaman Ini memasuki mod rakaman yang dipilih. Auto PRO Auto Premium Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasa digunakan untuk merakam (halaman 30).
Menangkap gambar dengan Kesan Artistik (ART SHOT) Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik. Pemandangan Penerangan Seni HDR Guna fotografi HDR (Julat Dinamik Tinggi, halaman 51) untuk menukar syot kilat menjadi hasil seni yang memberikan darjah ekspresi yang lebih baik berbanding pengimejan konvensional. Syot Berkilau Melembutkan imej keseluruhan dan menambah sedikit cahaya untuk mendapatkan kesan bersinar.
4. Sentuh ikon “ART”. Keamatan kesan yang dipilih boleh dilaraskan seperti yang diterangkan di bawah. Namun, sila maklum bahawa kesan “Miniatur” tidak boleh dilaras. Pemandangan Pelarasan Seni HDR Tahap kesan Syot Berkilau Jenis kesan Kamera Mainan Rona Fokus Lembut Tahap kesan Tona Lembut Rona Terserlah Tahap kesan Sepia Tahap kesan Monokrom Tahap kesan Mata ikan Tahap kesan 5. Sentuh tahap yang anda ingin pilih. 6. Sentuh “OK”. 7. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap melicinkan tekstur kulit subjek dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. 1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod rakaman (halaman 38). 2. Sentuh “½” (Mekap). 3. Sentuh tab. 4. Sentuh “ 5. Sentuh mod dan tahap yang anda ingin pilih. ” (Tahap Mekap). Mencerahkan Mencerahkan tona kulit subjek. Semula jadi Menghasilkan tona kulit yang cantik semula jadi.
Menggunakan Pengatup Gerakan untuk Memulakan Operasi Pemasa Kendiri (Pengatup Gerakan) Dengan Pengatup Gerakan, kamera secara automatik memulakan kiraan pemasa kendiri apabila ia mengesan pergerakan subjek dalam ikon yang anda nyatakan pada skrin monitor. Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya anda masuk dalam imej yang dirakam. 1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod rakaman (halaman 38). 2. Sentuh “l” (Pengatup Gerakan). 3.
Menangkap Gambar dengan Zum Kamera anda dilengkapi pelbagai jenis zum: Zum HD, Zum SR, dan zum digital. Faktor zum maksimum bergantung pada tetapan saiz imej. Zum HD Membenarkan keupayaan zum yang lebih hebat dengan memotong sebahagian daripada imej asal dan membesarkannya, tanpa menjejaskan kualiti imej. Zum SR Menggunakan teknologi resolusi tinggi untuk menyekat kemerosotan imej. Zum Digital Proses digital digunakan untuk membesarkan bahagian tengah imej, jadi berlakunya kemerosotan kualiti imej. 1.
. Faktor Zum • Titik kemerosotan imej bergantung pada saiz imej (halaman 60) dan mod rakaman (halaman 38). Lebih kecil saiz imej, lebih tinggi faktor zum yang anda boleh gunakan sebelum mencapai titik kemerosotan imej. Auto, PRO Auto Premium, Pengatup Gerakan Saiz Imej Had zum tidak merosot Faktor Zum Maksimum 1.5X 4.0X 5M 2.3X 6.2X VGA 9.4X 15.9X Had zum tidak merosot Faktor Zum Maksimum 2.0X 4.0X 12 M 3:2 BEST SHOT (Zum MultiSR) Saiz Imej 12 M 3:2 5M 3.1X 6.2X VGA 12.5X 15.
Merakam Potret Diri Anda boleh mengkonfigurasi kamera supaya skrin monitor dan kanta menghadap arah yang sama. Ini bermakna anda boleh merakam dengan pemasa kendiri semasa anda menyediakan potret diri pada skrin monitor. • Apabila menggunakan pemasa kendiri untuk merakam potret diri, pilih satu daripada mod rakaman berikut. – Auto – PRO Auto Premium – Mekap 1. Putar panel skrin monitor supaya skrin menghadap arah yang sama dengan kanta (halaman 13). 2.
Untuk merakam filem Prosedur berikut menjelaskan bagaimana untuk merakam filem. • Anda boleh merakam filem semasa satu daripada mod rakaman berikut dipilih. – Auto – PRO Auto Premium – BEST SHOT (Pemandangan Malam HS) – Mekap 1. “MENU” Dalam mod RKM, sentuh “MENU”. • Jika “MENU” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya. 2. Seret ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa “Kualiti Filem”, dan kemudian sentuhnya untuk memilihnya. 3. Sentuh item tetapan yang anda ingin ubah.
5. Sentuh “b” (Filem). Masa rakaman/ Baki masa rakaman Ini akan mulakan rakaman. • Audio satu suara juga dirakam semasa rakaman filem semasa “Full HD” atau “HD” dipilih untuk tetapan kualiti filem. • Menyentuh “o” semasa merakam akan menyebabkan baki masa rakaman dan “R” muncul. Sentuh “o” semula untuk menukar kembali ke masa rakaman berlalu.
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan. Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk mengurangkan penghasilan haba. • Kamera juga merakam audio bersama filem HD dan Full HD. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila merakam filem. – Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda dsb.
Menggunakan BEST SHOT BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik. Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah. . Untuk menangkap imej dengan BEST SHOT 1.
Merakam Syot Kilat Lebih Jelas (Berbilang Zum SR) Berbilang Zum SR menggunakan teknologi resolusi tinggi dan berbilang imej Pengatup Berterusan (CS) untuk kualiti dan kejelasan lebih baik pada seluruh imej. Untuk maklumat tentang faktor zum, lihat halaman 44. • Semasa merakam dengan Berbilang Zum SR, kamera mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk memproses data imej antara dua rakaman. 1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT). 2. Sentuh pemandangan “Zum MultiSR”. 3.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang Secara Digital (HDR) Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap kecerahan berbeza. 1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT). 2. Sentuh pemandangan “HDR”. 3. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Merakam dengan Pemandangan Malam Berkelajuan Tinggi (Pemandangan Malam HS) Dengan Pemandangan Malam Berkelajuan Tinggi, kamera secara automatik mengesan keadaan rakaman. Apabila anda menekan butang pengatup, kamera akan merakam letusan imej dan menggabungkannya dengan cara yang meminimumkan kekaburan imej disebabkan keadaan cahaya. 1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT). 2. Sentuh pemandangan “Pemandangan Malam HS”. 3. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup.
Merakam dengan Antigoncang Berkelajuan Tinggi (Antigoncang HS) Dengan satu tekan butang pengatup, kamera merakam berbilang imej dan secara automatik menggabungkannya, yang mengurangkan kekaburan imej kerana pergerakan kamera. 1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT). 2. Sentuh pemandangan “Antigoncang HS”. 3. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup. • Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan lampu LED secara automatik dimatikan.
• Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan lampu LED secara automatik dimatikan. • Merakam dengan pemandangan BEST SHOT menyempitkan julat rakaman berbanding julat biasa. • Jika satu atau lebih wajah kabur dalam semua imej yang dirakam, ia juga akan kabur dalam imej akhir. • Keadaan berikut mungkin menyebabkan kamera tidak dapat menentukan jika subjek senyum atau mengelipkan mata. Ini mungkin menyebabkan imej akhir yang menunjukkan subjek mengelipkan mata atau tidak senyum.
1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT). 2. Sentuh pemandangan “s” (Panorama Slaid). 3. Sentuh ikon untuk arah slaid (arah kamera bergerak semasa merakam). Anda boleh pilih satu daripada empat arah slaid: “ ” (kanan), “ ” (kiri), “ ” (atas), “ ” (bawah). 4. Halakan kamera di permulaan panorama dan tekan separa butang pengatup supaya kamera boleh fokus secara automatik. 5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan kursor slaid akan muncul pada skrin monitor.
• Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Panorama Slaid. – Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana cahaya buatan, cahaya matahari, dsb. – Sungai, ombak, air terjun, atau benda lain yang sentiasa berubah pola – Langit, pantai, atau benda lain dengan pola berterusan – Kamera terlalu dekat dengan subjek utama – Subjek bergerak – Persekitaran gelap • Panorama Slaid mungkin berhenti separa jalan dalam keadaan berikut.
Tetapan Rakaman Lanjutan Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. Menggunakan Menu RKM . Contoh Operasi Skrin Menu 1. Dalam mod RKM, sentuh “MENU”. Ini akan memaparkan skrin menu. • Jika “MENU” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya. • Kandungan menu adalah berbeza dalam mod RKM dan mod MAIN. 2. Seret ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa item yang mana ada tetapan yang anda ingin tukar. 3. Sentuh item itu. 4.
Gunakan Pengatup Sentuh (Pengatup Sentuh) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Pengatup Sentuh Anda boleh gunakan prosedur di bawah untuk merakam syot kilat. 1. Sentuh “Hidup”. 2. Halakan kamera pada subjek. 3. Apabila anda ingin merakam, sentuh skrin monitor. Kamera secara automatik masuk ke dalam fokus dan kemudian merakam. • Anda masih boleh menggunakan butang pengatup untuk merakam walaupun ketika “Hidup” dipilih untuk Pengatup Sentuh.
• Pemasa kendiri dikonfigurasi dengan menu di atas tidak boleh digunakan bagi keadaan berikut. – Panorama Slaid (halaman 54) – Pengatup Gerakan (halaman 42) – Apabila skrin monitor dan kanta menghadap arah yang sama Menggunakan Lampu LED (LED) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * LED Guna lampu LED semasa merakam di tempat cahaya malap. Keberkesanan lampu LED berkurang apabila anda semakin jauh dari subjek.
Menukar Saiz Imej (Saiz Imej) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Saiz Imej Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi saiz imej tangkapan syot kilat. Saiz Imej (Piksel) Paparan Ikon Skrin RKM Saranan Saiz Cetakan dan Aplikasi Penerangan 12 M (4000x3000) Cetakan Poster 3:2 (4000x2656) Cetakan Poster Butiran terperinci untuk kejelasan yang lebih baik walaupun untuk imej yang dipangkas dari asal pada komputer, dsb.
. Piksel dan saiz imej Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik Piksel kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak piksel dalam imej, lebih banyak perincian yang ada. Namun, anda selalunya tidak mengalami masalah dengan piksel yang kurang semasa mencetak imej (saiz L) melalui perkhidmatan cetak, melampir imej pada e-mel, apabila melihat imej pada komputer dsb. Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai piksel melintang x piksel menegak.
Membetulkan Kecerahan Imej (Anjakan EV) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Anjakan EV Anda boleh melaraskan secara manual nilai pendedahan imej (nilai EV) sebelum anda merakam gambar. • Julat Keamatan Pendedahan: –2.0 EV hingga +2.0 EV • Unit: 1/3 EV 1. Sentuh pada kedudukan yang anda ingin tetapkan. • Untuk membatalkan keamatan pendedahan, tukar nilai EV kepada 0.0. –2.0 +2.0 Mengurangkan nilai EV.
Melaraskan Imbangan Putih (Imbangan Putih) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Imbangan Putih Anda boleh melaras imbangan putih supaya sepadan dengan sumber cahaya yang ada di tempat anda membuat penggambaran dan mengelak bayang biru yang terhasil apabila membuat penggambaran di luar semasa mendung dan bayang hijau yang terhasil apabila membuat penggambaran di bawah cahaya pendarfluor. 1. Sentuh jenis imbangan putih yang anda ingin pilih.
2. Sentuh “OK”. Menentukan Kepekaan ISO (ISO) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * ISO Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya. Tetapan Penerangan AUTO Laras kepekaan secara automatik mengikut keadaan ISO 100 Kepekaan lebih rendah Kelajuan pengatup perlahan Kurang hingar Kelajuan pengatup pantas (Ditetapkan untuk menangkap gambar dalam kawasan bercahaya malap.
Memilih Mod Fokus (Fokus) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Fokus Bertukar kepada mod fokus yang berbeza boleh bantu mendapatkan fokus yang lebih baik.
Menggunakan Kunci Fokus Subjek untuk difokuskan “Kunci fokus” ialah teknik yang anda boleh gunakan apabila anda mahu menggubah imej di mana subjek yang ingin anda fokuskan tidak berada dalam bingkai fokus di tengah skrin. 1. Jajarkan bingkai fokus skrin monitor dengan subjek yang anda mahu fokuskan dan kemudian tekan butang pengatup sehingga separuh. 2. Dengan butang pengatup masih ditekan separuh (yang mengekalkan tetapan fokus), alih kamera untuk menggubah imej. 3.
Menyemak Syot Kilat sebelum Menyimpannya (Semakan potret sendiri) Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Semakan potret sendiri Menekan butang pengatup pada bingkai untuk merakam potret diri semasa fungsi ini didayakan (“Hidup”), akan memaparkan imej untuk disemak sebelum ia disimpan. Apabila fungsi ini dinyahdayakan (“Mati”), imej potret diri akan disimpan terus dalam ingatan sebaik sahaja anda merakamnya. Fungsi semakan potret diri boleh digunakan dalam keadaan yang dihuraikan di bawah.
Melihat Syot kilat dan Filem Melihat Syot Kilat Lihat halaman 33 untuk prosedur bagi melihat syot kilat. Melihat Filem 1. 2. Sentuh “p” (MAIN) untuk memasuki mod MAIN. Kualiti imej Ikon filem: 6 Sentuh “ú” atau “õ”, atau seret ke kiri atau kanan imej skrin untuk menatal filem sehingga anda jumpa filem yang anda hendak paparkan. • Untuk menatal pada kelajuan tinggi, sentuh dan tahan “ú” atau “õ”. Masa rakaman filem 3. Sentuh “6” (Filem) untuk memulakan main semula.
Kawalan Main Semula Filem Hentikan sebentar/ Sentuh “|” (hentikan sebentar) atau “6” (main). Main Mara laju/ Undur laju Semasa main semula, sentuh “{” (undur laju) atau “}” (mara laju). • Setiap sentuhan salah satu butang meningkatkan kelajuan operasi mara laju atau undur laju. • Untuk kembali pada kelajuan main semula biasa, tekan “6”. Berhenti main semula Semasa main semula, sentuh “.”. Pelarasan kelantangan Semasa main semula, sentuh “n” dan kemudian seret bar kelantangan pada aras yang diingini.
Mengedit Filem pada Kamera (Pengeditan Filem) Ciri Pengeditan Filem membolehkan anda memotong bahagian filem tertentu. 1. Masuk mod MAIN dan kemudian mula main semula filem yang anda ingin edit. 2. Apabila main semula mencecah lokasi yang anda ingin potong, sentuh “|” untuk menjedakannya. 3. Sentuh “~”. 4. Sentuh pilihan yang menentukan bahagian yang anda ingin potong. 5. ¡ Potong Sebelumnya Memotong semuanya dari mula filem sehingga lokasi semasa.
Melihat Imej Panorama 1. Sentuh “p” (MAIN) untuk memasuki mod MAIN. 2. Sentuh “ú” atau “õ” atau seret ke atas atau ke bawah untuk memaparkan imej panorama yang anda ingin lihat. • Untuk menatal pada kelajuan tinggi, sentuh dan tahan “ú” atau “õ”. 3. Sentuh “6” untuk memainkan panorama. Main semula panorama menyebabkan imej menatal ke kiri, kanan, atas atau bawah. Kawalan Main Semula Hentikan sebentar/Main Sentuh “|” (hentikan sebentar) atau “6” (main).
Memaparkan Menu Imej Menu imej menunjukkan beberapa imej pada skrin tunggal. 1. Dalam mod MAIN, sentuh “]”. Ini memaparkan menu imej. • Sentuh “û” atau “ü” atau seret ke atas atau ke bawah untuk menatal ke halaman imej seterusnya. • Untuk melihat mod paparan biasa (imej tunggal), sentuh imej yang anda hendak lihat atau sentuh “ë”. • Dalam kes filem, imej pertama dalam filem akan dipaparkan. • Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas sebab tertentu.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV Guna kabel HDMI yang dijual secara komersil untuk menyambungkan kamera pada TV. • Guna kabel HDMI yang dijual secara komersial dan ditanda dengan logo yang ditunjukkan di sebelah kanan. 1. Buka bingkai (halaman 13). 2. Guna kuku anda untuk mencungkil penutup [CARD HDMI] dan tarik penutup ke arah yang ditunjukkan oleh anak panah untuk membukanya. 3. Matikan kamera dan gunakan kabel HDMI yang dijual secara komersil untuk menyambungkan kamera pada TV.
5. Hidupkan kamera. Skrin monitor kamera akan menunjukkan imej kawalan jauh. Skrin TV akan menunjukkan imej yang dirakam. • Kandungan imej pengawal jauh akan bergantung pada jenis imej yang dipaparkan pada skrin TV. 6. Sentuh skrin monitor kamera untuk melakukan operasi. • Guna kabel HDMI dengan palam yang serasi dengan penyambung mikro HDMI kamera pada satu hujung, dan palam yang serasi dengan penyambung HDMI TV anda pada hujung satu lagi.
Fungsi Main Semula Lain (MAIN) Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. Menggunakan Menu MAIN . Contoh Operasi Skrin Menu 1. Dalam mod MAIN, sentuh “MENU”. Ini akan memaparkan skrin menu. • Jika “MENU” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya. • Kandungan menu adalah berbeza dalam mod RKM dan mod MAIN. 2. Sentuh item tetapan yang anda ingin ubah. 3. Konfigur tetapan item menurut kandungan skrin.
Melakukan Operasi Cat pada Imej (Cat) Masuk Mod MAIN * Paparkan syot kilat * MENU * Cat Anda boleh guna fungsi ini untuk melukis, menulis, atau cop maklumat pada syot kilat yang dirakam. Jika saiz imej asal ialah 3 M atau lebih besar, imej selepas cat disimpan sebagai imej saiz 3 M. 1. Di sebelah kanan skrin monitor, sentuh “ atau “ ”. 2. Sentuh jenis pen atau cop yang anda ingin guna. 3. Guna pen untuk menulis teks atau membuat lakaran, atau guna cop untuk mengecop maklumat. 4. Sentuh “OK”. 5.
Mengekstrak Imej daripada Syot Kilat (Memotong keluar subjek) Masuk Mod MAIN * Paparkan syot kilat * MENU * Potong subjek Anda boleh membuat garisan di sekeliling subjek (individu atau objek) dan mengekstraknya daripada syot kilat. Kemudian, anda boleh masukkan subjek yang diekstrak ke dalam syot kilat lain. Subjek yang Diekstrak 1. Syot Kilat Lain Imej Gabungan Akhir Sentuh alat melukis yang anda inginkan dan lukis sempadan di sekeliling subjek yang anda ingin ekstrak.
2. Sentuh “OK”. Ini akan menyebabkan latar belakang subjek yang anda gariskan menjadi kelabu. 3. Sentuh “”” untuk memilih kawasan yang hendak diekstrak dan kemudian sentuh “OK”. Ini akan memaparkan subjek yang dipotong keluar. • Untuk menatal kembali satu skrin, sentuh ikon “u” di penjuru kanan atas paparan. ” Skrin subjek yang diekstrak 4. Imej asal dengan subjek diekstrak Selepas mengesahkan anda mendapat bahagian imej yang diekstrak, sentuh “OK”. Ini menyimpan imej yang diekstrak.
Memasukkan Subjek ke dalam Syot Kilat lain atau Menambah Bingkai Terbina Dalam ke Syot Kilat (Tampal subjek) Masuk ke Mod MAIN * MENU * Tampal subjek Anda boleh menambah karakter atau bingkai terbina dalam kamera ke syot kilat, atau anda boleh memasukkan karakter yang anda cipta dengan “Potong subjek” (halaman 77) ke dalam syot kilat. • Hanya imej yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh digunakan sebagai imej latar belakang.
Melindung Fail Daripada Pemadaman (Lindungi) Masuk ke Mod MAIN * MENU * Lindungi Anda boleh lindungi imej untuk mengelakkannya daripada dipadam. • Imej yang dilindungi akan ditandakan dengan “›”. Semua Fail Hidup Lindung semua fail. Semua Fail Mati Jangan lindungi semua fail. Pilih Lindungi dan jangan lindungi fail yang tertentu. Sentuh “û” atau “ü” atau seret ke atas atau ke bawah untuk memaparkan imej yang anda ingin lindungi. Sentuh imej yang mahu dilindungi, dan “›” akan muncul pada imej.
Memutar Imej (Putaran) Masuk ke Mod MAIN * MENU * Putaran 1. Sentuh “ú” atau “õ” atau seret ke atas atau ke bawah untuk memaparkan imej yang anda ingin putar. 2. Sentuh “Putar”. Ini akan memutarkan imej 90 darjah ke sebelah kiri. 3. Apabila imej berada dalam kedudukan yang anda inginkan, sentuh “ ”. • Putaran imej panorama tidak disokong. • Perhatikan bahawa prosedur ini tidak menukar data imej. Ia cuma mengubah cara imej dipaparkan pada skrin monitor kamera.
Memangkas Syot Kilat (Memotong) Masuk ke Mod MAIN * MENU * Memotong Anda boleh memangkas syot kilat untuk memotong bahagian yang anda tak perlukan dan menyimpan hasil dalam fail berasingan. Syot kilat asal juga disimpan. 1. Sentuh “ú” atau “õ” atau seret ke kiri atau ke kanan untuk memaparkan imej yang anda ingin pangkas. 2. Sentuh “OK”. 3. Seret imej sehingga ke bahagian yang anda ingin simpan dipaparkan.
Percetakan Perkhidmatan Cetak Profesional Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
. Mencetak pada Macintosh 1. Guna prosedur pada “Menyambung Kamera pada Komputer Anda dan Menyimpan Fail” (halaman 89) untuk menyimpan imej yang ingin dicetak, dan kemudian memaparkan imej pada skrin Macintosh anda. 2. Klik “File” dan kemudian “Print”. 3. Konfigurasi tetapan cetakan dan kemudian klik “Print”. Ini akan mencetak imej yang dipilih.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 86, 89). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula fail (halaman 88, 91). • Untuk menyunting filem, gunakan perisian yang tersedia secara komersil mengikut keperluan.
Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer Anda boleh menyambungkan kamera ke komputer anda bagi melihat dan menyimpan imej (fail syot kilat dan filem). Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
3. Pengguna Windows 8: Klik “Desktop” dan kemudian “Explorer”. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian “Computer”. Pengguna Windows XP: Klik “Start” dan kemudian “My Computer”. 4. Dwiklik “Removable Disk”. • Komputer anda mengenali kad memori yang dimuat dalam komputer (atau memori terbina dalam jika tiada kad) sebagai cakera boleh alih. 5. Klik kanan folder “DCIM”. 6. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”. 7. Pengguna Windows 8: Klik “Documents”.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 93. Memainkan Filem Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara berasingan.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Pasang perisian ini: Menyimpan imej pada Macintosh anda dan melihatnya di situ secara manual OS X Pemasangan tidak diperlukan. 89 OS X Gunakan iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk Macintosh. – OS X Anda boleh main semula dengan QuickTime, yang disertakan tergabung dengan sistem pengendalian anda.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke Macintosh anda. [USB] port USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 22. 2. Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Hidupkan kamera. • Lampu belakang kamera akan berwarna hijau atau ambar pada masa ini.
. Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 93. • Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Fail dan Folder Kamera mencipta fail dan menyimpannya setiap kali anda menangkap syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 93). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
. Struktur Folder Memori 100CASIO CIMG0001.JPG CIMG0002.MOV Folder DCIM Folder Rakaman Fail Imej Fail Filem 101CASIO 102CASIO Folder Rakaman Folder Rakaman DCIM . Fail Imej yang Disokong • Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini • Fail imej komplian DCF Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF. Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini. .
Tetapan Lain (Sediakan) Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM dan mod MAIN. Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 57. Melaras Kecerahan Skrin Monitor (Skrin) MENU * Sediakan * Skrin Anda boleh guna prosedur berikut untuk menukar kecerahan skrin monitor. Auto Dengan tetapan ini, kamera mengesan tahap cahaya sedia ada dan secara automatik melaras kecerahan skrin monitor.
Menetapkan Jam Kamera (Laras) MENU * Sediakan * Laras 1. Sentuh nilai yang anda ingin tukar (tahun, bulan, hari, jam, minit). 2. Sentuh “8” atau “2” huntuk menukar nilai yang sedang dipilih. • Anda boleh menentukan tarikh dari 2001 hingga 2049. • Pastikan untuk memilih Bandar Rumah anda Ikon suis 12/24 jam (halaman 96) sebelum menetapkan tarikh dan masa.
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia) MENU * Sediakan * Waktu Dunia Menetapkan Destinasi Perjalanan Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb. Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh dunia. 1. Sentuh “Destinasi”. • Untuk menukar kawasan geografi dan bandar bagi waktu di mana anda biasanya menggunakan kamera, pilih “Rumah”. 2. Sentuh “Bandar”.
Menentukan Gaya Tarikh (Gaya Tarikh) MENU * Sediakan * Gaya Tarikh Anda boleh memilih daripada tiga gaya berbeza untuk tarikh. Contoh: Julai, 10, 2015 TT/BB/HH 15/7/10 HH/BB/TT 10/7/15 BB/HH/TT 7/10/15 Menentukan Bahasa Paparan (Language) MENU * Sediakan * Language . Tentukan bahasa paparan yang anda mahu. 1. Pada skrin menu, sentuh “Sediakan”. 2. Sentuh “Language”. 3. Seret ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa bahasa yang anda inginkan, dan kemudian sentuh untuk memilihnya.
Memilih Kaedah Output Terminal HDMI (HDMI) MENU * Sediakan * HDMI Guna tetapan ini untuk memilih format isyarat digital apabila menyambung kepada TV menggunakan kabel HDMI. Auto Tetapan ini akan menyebabkan format bertukar secara automatik mengikut TV yang disambung. Biasanya, anda harus guna mod ini. 1080i Output format 1080i * 480p Output format 480p 576p Output format 576p * 1080i sepadan dengan 1080 60i, tetapi tidak 1080 50i.
Memformat Memori Terbina Dlm atau Kad Memori (Format) MENU * Sediakan * Format Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori. Ia akan memformat memori terbina dalam jika tiada kad memori dimuatkan. • Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
Lampiran Peringatan Keselamatan *BAHAYA Simbol ini menandakan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan salah, mewujudkan bahaya kematian atau kecederaan diri yang serius. *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*BAHAYA • Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. – Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka. – Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api. – Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya. – Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
*AMARAN . Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain $ • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa.
*AMARAN • Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik. • Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda. • Jangan gunakan penyesuai USB-AC di kawasan yang cecair* mungkin tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. " + - • Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas penyesuai USB-AC. Air mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
*AMARAN . Terjatuh dan Layanan Kasar - • Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa. Juga, keluarkan bateri daripada kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar. 3.
*AWAS . Penyesuai USB-AC • Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut. – Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas.
*AWAS . Lokasi Tidak Stabil • Jangan letakkan kamera di permukaan yang tak stabil, di atas rak yang tinggi dsb. Perbuatan itu boleh menyebabkan kamera terjatuh, mewujudkan risiko kecederaan diri. - . Lokasi Yang Perlu Dielakkan • Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Kanta • Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta. Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan. • Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu, seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak. . Menjaga kamera anda • Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari.
. Hak Cipta Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah... Jika lampu belakang mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Peringatan Bateri . Peringatan semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 15°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal. • Jangan mengoyak atau menanggal label di luar bateri.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 26 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. . Menggunakan Kad Memori • Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula (halaman 99). Namun, anda disarankan supaya sentiasa membawa beberapa kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau pejabat.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai asal pada menu yang muncul dalam mod RKM dan mod MAIN apabila anda mengeset semula kamera (halaman 99). • Sengkang (–) menunjukkan item yang tetapannya tidak diset semula atau item yang tiada tetapan set semula. • Beberapa item menu mungkin tidak tersedia, bergantung pada mod rakaman yang digunakan. .
. Menu Sediakan Skrin Auto Waktu Dunia – Gaya Tarikh – Language – Bunyi Permulaan: Hidup / Pengatup Separa: Hidup / Pengatup: Hidup / Operasi: Hidup / Operasi: 3 / Main Semula: 7 HDMI Auto Permulaan Mati Format – – Set Semula – Mati Versi – Laras Cap Masa 114 Lampiran
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum menggunakan kamera. 2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri (halaman 18). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh cas semula CASIO NP-150 yang tersedia secara berasingan. Kamera terpadam secara tiba-tiba.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Subjek tidak tepat fokusnya dalam imej yang dirakam. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai fokus. Lampu LED tidak bercahaya. 1)Jika bateri mati, caskannya (halaman 18). 2)Operasi lampu LED dinyahdayakan secara automatik apabila anda merakam dengan pemandangan BEST SHOT dan Seni HDR. Pilih mod rakaman lain (halaman 38). Kamera mati semasa pengiraan Pemasa kendiri.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej tidak tepat fokus semasa rakaman filem. 1)Pemfokusan mungkin tidak boleh dilakukan kerana subjek berada di luar jarak fokus. Tangkap gambar dalam jarak yang dibenarkan. 2)Kanta mungkin kotor. Bersihkan kanta (halaman 108). 3)Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi, fokus ditetapkan di posisi semasa rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan imej, tekan separa butang pengatup untuk Fokus Auto sebelum anda sentuh “b” (Filem) untuk mula merakam.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Skrin pilihan bahasa 1)Anda tidak mengkonfigurasi tetapan awal selepas membeli muncul bila kamera kamera atau mungkin bateri dalam kamera telah mati. dihidupkan. Periksa persediaan kamera (halaman 24, 95). 2)Mungkin terdapat masalah dengan data memori kamera. Jika ini adalah kesnya, lakukan operasi set semula untuk mengasal persediaan kamera (halaman 99). Setelah itu, konfigurasi setiap tetapan.
Mesej Paparan ALERT Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya semula. Bateri lemah. Kuasa bateri rendah. RALAT Kad Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera, keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman 99). • Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Tangkapan Gambar/Masa Rakaman Filem Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) Anggaran Saiz Fail Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Kad Memori microSD*2 Kapasiti Rakaman 12 M (4000x3000) 4.13 MB 7 2286 3:2 (4000x2656) 3.62 MB 9 2728 5 M (2560x1920) 1.72 MB 14 4283 290 KB 91 26809 VGA (640x480) Filem Saiz Imej/ Piksel (Audio) Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) Full HD 1920x1080 (Monaural) 14.2 Megabit/ saat (30 bingkai/ saat) HD 1280x720 (Monaural) 10.
• Nilai kapasiti syot kilat dan rakaman filem adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja. Kapasiti sebenar bergantung pada kandungan imej. • Nilai saiz fail dan kadar data adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja. Nilai sebenar bergantung pada jenis imej yang ditangkap. • Apabila menggunakan kad memori dengan kapasiti berbeza, kira bilangan imej sebagai peratusan daripada 16 GB.
Keamatan Pendedahan –2.0 EV hingga +2.0 EV (dlm 1/3 EV langkah) Pengatup Pengatup elektronik CMOS Kelajuan Pengatup Syot Kilat (Auto): 1/10 hingga 1/16000 saat Syot Kilat (PRO Auto Premium): 1 hingga 1/16000 saat * Mungkin berbeza mengikut ttpn kamera. Nilai Bukaan F2.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-150) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 950 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 34.2 (L) x 39.8 (T) x 6.9 (D) mm (tidak termasuk unjuran) Berat Kira-kira 20 g . Penyesuai USB-AC (AD-C54UG) Kuasa Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 90 mA Kuasa Output 5.0 V DC, 650 mA Keperluan Suhu Pengendalian 5 hingga 35°C Dimensi 64.6 (L) x 56.
. Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kuasa Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Kuasa Output 5.0 V DC, 650 mA Keperluan Suhu Pengendalian 5 hingga 35°C Dimensi 53 (L) x 21 (T) x 45 (D) mm (tidak termasuk unjuran) Berat Kira-kira 37 g Pengisytiharan Keakuran Mengikut Arahan Kesatuan Eropah Manufacturer: CASIO COMPUTER CO., LTD.
CASIO COMPUTER CO., LTD.