User manual - EXTR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

10
. Mengkonfigurasi Penjajaran Skrin Auto (Putar auto)
Anda boleh guna tetapan Putar Auto untuk mendayakan atau melumpuhkan putaran
automatik kandungan skrin mengikut orientasi fizikal skrin monitor.
1. Hidupkan kamera dan kemudian sentuh “«” (Putar auto).
Jika anda tidak melihat “«” pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya
(halaman 29).
2. Pilih tetapan Putar Auto yang anda mahu.
. Memilih Maklumat Paparan (DISP)
Setiap sentuhan “DISP” akan berpusing melalui tetapan yang memaparkan atau
menyembunyikan maklumat di skrin. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan
berasingan untuk mod RKM dan mod MAIN.
Jika “DISP” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk memaparkannya.
Maklumat paparan tidak boleh diubah ketika rakaman filem.
Apabila Status Hidup dipilih untuk memaparkan maklumat dalam mod MAIN, nilai
tetapan kepekaan ISO, kelajuan pengatup, dan pendedahan bagi imej yang sedang
dipaparkan akan ditunjukkan dalam warna oren jika Pendedahan Auto (AE) imej
semasa tidak betul.
Hidup
Secara automatik mengorientasikan kandungan skrin
supaya sepadan dengan orientasi kamera.
Mati Menetapkan orientasi kandungan skrin monitor.
Mati Tiada maklumat dipaparkan.
Maklumat Hidup Memaparkan maklumat mengenai tetapan imej dsb.
Status Hidup
Memaparkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
tetapan.
Apabila Status Hidup dipilih, anda tidak akan dapat melihat
subjek pada skrin monitor.