User manual - EXTR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

119
Lampiran
Mesej Paparan
ALERT
Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana
suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu
sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
Bateri lemah. Kuasa bateri rendah.
RALAT Kad
Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera,
keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula
ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila
anda menghidupkan kamera, format kad memori
(halaman 99).
Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Sebelum memformat, cuba pindahkan fail yang telah
didapatkan balik ke komputer atau peranti simpanan lain.
Fail tidak dapat
disimpan kerana
bateri lemah.
Kuasa bateri rendah, jadi fail imej tak dapat disimpan.
Folder tidak dapat
dibuat.
Anda sedang cuba merakam fail sedangkan telah ada 9999
fail disimpan dalam folder yang ke-999. Jika anda mahu
merakam lagi, padam fail yang anda tidak perlukan
(halaman 34).
RALAT KANTA
Mesej ini muncul dan kamera mati apabila kanta melakukan
beberapa operasi yang tidak dijangkakan. Jika mesej yang
sama muncul selepas anda menghidupkan kuasa, hubungi
pusat perkhidmatan sah CASIO atau peruncit anda.
Memori Penuh
Memori penuh dengan imej yang anda rakam dan/atau fail
yang disimpan oleh operasi penyuntingan. Padam fail yang
anda tidak perlukan lagi (halaman 34).
Ralat Rakaman
Pemampatan imej tak dapat dilakukan kerana sesuatu sebab
semasa simpanan data imej. Tangkap imej semula.
SYSTEM ERROR
Sistem kamera anda tercemar. Hubungi peruncit anda atau
pusat perkhidmatan sah CASIO.
Tiada fail.
Tiada fail dalam memori terbina dalam atau pada kad
memori.
Kad ini tidak
diformat.
Kad memori yang dimasukkan dalam kamera tidak diformat.
Format kad memori (halaman 99).
B