User manual - EXTR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

55
Menggunakan BEST SHOT
1. Dalam mod RKM, sentuh “b” (BEST SHOT).
2. Sentuh pemandangan “s” (Panorama Slaid).
3. Sentuh ikon untuk arah slaid (arah kamera
bergerak semasa merakam).
Anda boleh pilih satu daripada empat arah slaid:
” (kanan), “ ” (kiri), “ ” (atas),
” (bawah).
4. Halakan kamera di permulaan panorama dan
tekan separa butang pengatup supaya
kamera boleh fokus secara automatik.
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan
kursor slaid akan muncul pada skrin monitor.
Perlahan-lahan gerakkan kamera ke arah
yang ditunjukkan dengan anak panah pada
skrin sehingga kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakannya (misalnya
hingga hujung kanan apabila menggerakkan
kamera ke kanan).
Kamera akan mula menyediakan imej panorama
secara dalaman apabila kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakan.
Penyediaan imej juga akan mula secara
automatik jika anda berhenti menggerakkan
kamera semasa merakam panorama. Selepas anda menghentikan pergerakan
kamera, mesej “Sedang sibuk... Sila tunggu...” muncul semasa kamera
memproses imej. Tunggu sehingga mesej ini hilang sebelum anda
menggunakan kamera. Tangkapan gambar imej dinyahdayakan semasa
mesej dipaparkan.
Kursor slaid