User manual - EXTR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

94
Tetapan Lain (Sediakan)
Tetapan Lain (Sediakan)
Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk
mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM
dan mod MAIN.
MENU * Sediakan * Skrin
Anda boleh guna prosedur berikut untuk menukar kecerahan skrin monitor.
MENU * Sediakan * Bunyi
Menetapkan tahap kelantangan 0 membisukan output.
Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 57.
Melaras Kecerahan Skrin Monitor (Skrin)
Auto
Dengan tetapan ini, kamera mengesan tahap cahaya sedia ada dan
secara automatik melaras kecerahan skrin monitor.
+2
Kecerahan lebih daripada +1, menyebabkan skrin mudah dilihat. Tetapan
ini menggunakan lebih banyak kuasa.
+1
Tetapan cerah untuk penggunaan di luar, dsb. Kecerahan lebih daripada
0.
0
Kecerahan skrin monitor biasa untuk penggunaan di dalam bangunan,
dsb.
–1
Kecerahan skrin untuk melihat dalam persekitaran gelap tanpa
mengganggu orang lain di sekitar anda.
Mengkonfigurasi Tetapan Bunyi Kamera (Bunyi)
Permulaan
Menukar nada operasi antara hidup dan mati.
Pengatup Separa
Pengatup
Operasi
Isi padu
Operasi
Menentukan kelantangan bunyi. Tetapan kelantangan ini
juga digunakan semasa output video (daripada port
HDMI) (halaman 73).
Main
Semula
Menentukan kelantangan output audio filem. Tetapan
kelantangan ini juga digunakan semasa output video
(daripada port HDMI) (halaman 73).