User manual

119
Lampiran
. Terjatuh dan Layanan Kasar
Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau
layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut
palam kuasa daripada soket kuasa. Juga, keluarkan bateri daripada kamera,
sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Kad Memori
Kad memori adalah kecil dan mempunyai risiko ditelan secara tidak
sengaja oleh bayi dan kanak-kanak. Jauhkan kad memori daripada bayi
dan kanak-kanak. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja,
hubungi doktor dengan segera.
. Peringatan apabila Kamera Dihidupkan
Jangan sentuh kamera untuk jangka masa yang lama ketika ia
dihidupkan. Kamera menjadi hangat apabila dihidupkan, dan sentuhan
jangka panjang mewujudkan risiko melecur suhu rendah.
. Gangguan dengan peranti digital lain
Jika anda dapati bahawa terdapat gangguan radio atau masalah lain
pada peranti lain semasa menggunakan kamera ini, hentikan
penggunaan fungsi sambungan wayarles (Tangkapan Jauh, pindahan
imej, melihat imej melalui sambungan wayarles, dsb) kamera ini, atau matikan
kamera. Penggunaan fungsi sambungan wayarles menyebabkan risiko
gangguan radio dan operasi tidak normal peranti lain.
Apabila berada dalam pesawat atau kemudahan perubatan, patuhi
arahan orang yang bertugas. Gelombang elektromagnet dan isyarat lain
yang dihasilkan oleh fungsi sambungan wayarles kamera boleh
menyebabkan risiko kemalangan.
Jangan guna fungsi sambungan wayarles kamera apabila berdekatan
peranti digital berkejituan tinggi atau peranti digital yang menggunakan
isyarat lemah. Berbuat demikian boleh mengganggu operasi normal
peranti digital dan menyebabkan risiko kemalangan.
Apabila menggunakan fungsi sambungan wayarles kamera, jauhkannya
dari individu yang memakai perentak jantung. Kemagnetan yang terhasil
daripada kamera mungkin menjejaskan perentak jantung dan peranti
perubatan lain. Sekiranya anda perasan sebarang ketaknormalan, serta-merta
jauhkan dari produk dan hubungi doktor.
Di dalam tren yang sesak atau lokasi sesak yang lain di mana terdapat
kemungkinan anda berada dalam kawasan yang berdekatan dengan
orang yang memakai perentak jantung, berhenti menggunakan fungsi
sambungan wayarles (Tangkapan Jauh, pindahan imej, melihat imej melalui
sambungan wayarles, dsb) kamera ini, atau matikan kamera. Gangguan radio
yang terhasil kerana fungsi sambungan wayarles kamera mungkin menjejaskan
operasi perentak jantung.
*
AMARAN
-
+
+
-
+
-
+
+