User manual
85
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
• Di dalam kapal terbang atau di tempat lain di mana penggunaan komunikasi
wayarles adalah terhad atau dilarang, letakkan kamera ke mod pesawat.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem
daripada kamera anda.
• Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Menerima fail kamera, melaksanakan operasi
yang dikehendaki pada telefon pintar anda untuk memeriksa jika fail telah disimpan
dengan betul.
• Melihat filem yang diterima pada terminal Android:
Harap maklum yang filem tidak dipaparkan oleh Gallery. Filem disimpan dalam
folder yang dinamakan “EXILIM Connect”. Pemain filem berasingan diperlukan
untuk main semula filem (yang failnya mempunyai sambungan nama fail MOV).
Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan filem
dan/atau audio.
• Imej yang dirakam pada kamera pengeluar yang lain tidak boleh dihantar
menggunakan fungsi ini.
• Percubaan untuk menggunakan kad memori yang menyertakan fungsi wayarles
dengan kamera ini boleh menyebabkan operasi tidak normal.
• Ambil perhatian bahawa menggunakan fungsi wayarles memerlukan lebih banyak
penggunaan bateri berbanding biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas
secukupnya sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
• Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.
Lihat di telefon
Lihat syot kilat yang disimpan dalam memori
kamera pada telefon pintar serta salin syot kilat
dan filem ke dalam telefon pintar untuk
tontonan. Anda juga boleh melihat syot kilat
dan filem dalam memori kamera pada
komputer, dan menyalinnya ke komputer
(halaman 92).
Dengan fungsi ini: Anda boleh melakukan ini:










