User manual

86
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
. Perihal EXILIM Connect
Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Connect, rujuk ke Panudan Pengguna
EXILIM Connect (yang anda boleh muat turun di laman web di bawah).
http://www.exilim.com/manual/
Sila ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Connect,
anda perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika
anda tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
Sila ambil perhatian bahawa Panduan Pengguna EXILIM Connect, tidak terdapat
dalam semua bahasa. Sekiranya Panduan Pengguna EXILIM Connect tidak
terdapat dalam bahasa ibunda anda, sila guna versi bahasa lain.
Kamera anda mempunyai pelbagai mod wayarles yang
berbeza. Pilih mod wayarles yang bersesuaian dengan
keperluan tertentu anda.
1. Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon “ ” (Sambungan Wayarles).
3. Sentuh mod sambungan wayarles yang anda
mahu.
Menggunakan Mod Wayarles
Hantar ke telefon
Pilih untuk melihat imej yang anda rakam menggunakan kamera pada telefon
pintar (halaman 91).
Berpasangan
Pilih mod ini untuk mewujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth di
antara kamera dan telefon pintar (halaman 89).
Rakam dengan telefon
Pilih mod ini untuk mengawal dari jauh rakaman imej daripada telefon pintar
(halaman 91).
Tetapan wayarles
Pilih mod ini untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles (halaman 93).
” (Wayarles)