User manual

89
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kali pertama anda mewujudkan sambungan wayarles antara kamera dan telefon
pintar, anda perlu menggunakan prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan
sambungan wayarles. Operasi ini diperlukan untuk sambungan pertama sahaja.
. Telefon Pintar yang menyokong Bluetooth low energy
Menyambung kamera kepada telefon pintar dengan teknologi wayarles Bluetooth
(berpasangan) membuatkan konfigurasi tetapan sambungan wayarles lebih mudah.
Melaksanakan operasi in secara automatik mengkonfigurasikan tetapan
sambungan LAN wayarles telefon pintar anda (halaman 90).
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak serasi dengan kamera ini.
Sekiranya anda mahu pasang-semula kamera dengan telefon pintar yang sudah
sedia dipasangkan, anda harus nyahpasang dan pasang semula. Pasang- semula
kamera dan telefon pintar menyebabkan semua imej yang tidak dihantar akan
kekal tidak dihantar.
Operasi Kamera
1. Sentuh ikon “ ” (Sambungan Wayarles).
Ini akan memaparkan skrin mod wayarles.
2. Sentuh “Berpasangan”.
3. Sentuh “Mula”.
Operasi Telefon Pintar
4. Mulakan aplikasi EXILIM Connect.
5. Ketik “Pairing”.
6. Laksanakan operasi sambungan yang diperlukan seperti yang
diarahkan oleh aplikasi dan telefon pintar anda.
Ini mewujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara kamera dan
telefon pintar.
Rujuk manual EXILIM Connect (halaman 86) untuk maklumat mengenai cara
mengkonfigurasi tetapan sambungan wayarles.
Operasi Kamera
7. Sentuh “Seterusnya”.
Mewujudkan Sambungan Wayarles Buat Pertama Kali