User manual

90
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
8. Sentuh “Hidup” jika anda ingin menghantar semua imej yang dirakam
dalam kamera ke telefon pintar, atau “Mati” jika anda tidak mahu
menghantar imej ke telefon pintar.
Setelah kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan
menggunakan kuasa bateri walaupun kamera telah dimatikan. Oleh kerana itu,
adalah disyorkan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang
untuk menggunakannya.
Mengeluarkan bateri kamera akan menamatkan sambungan teknologi wayarles
Bluetooth. Walau bagaimanapun, sambungan akan diwujudkan kembali apabila
anda memuatkan bateri ke dalam kamera dan kuasa dihidupkan semula.
. Telefon pintar tidak menyokong Bluetooth low energy
Mengkonfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input kamera SSID dan kata
laluan).
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Sentuh “Rakam dengan telefon”.
3. Sentuh “Mula”.
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon pintar
dan kamera akan memaparkan skrin untuk input SSID
dan kata laluan.
4. Bagi tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan
“SSID:” dan “Kata laluan:” kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” muncul pada
skrin monitor kamera, ini bermakna telefon pintar
membuat sambungan wayarles dengan kamera.
Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
. Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak dapat mewujudkan
sambungan wayarles LAN antara kamera dan telefon pintar.
Masalah ini boleh berlaku apabila telefon pintar sudah bersambung secara wayarles
ke salah satu rangkaian atau peranti di bawah. Pergi ke tetapan Wi-Fi telefon pintar
anda dan pilih SSID kamera ini.
LAN wayarles rumah
LAN wayarles awam
Peranti LAN wayarles mudah alih
SSID
Kata laluan