User manual

92
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Anda boleh menyambungkan kamera ke telefon pintar melalui LAN wayarles untuk
melihat dan memuat turun gambar serta filem dalam memori kamera pada lapan
telefon pintar lain yang tersambung. Anda boleh juga melihat syot kilat dan filem
dalam memori kamera pada komputer dan menyalinnya ke komputer. Telefon pintar
tidak memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect untuk mengakses imej
kamera menggunakan fungsi ini.
1. Sentuh ikon “ ” (Sambungan Wayarles).
2. Sentuh “Hantar ke telefon”.
3. Sentuh “Lihat di telefon”.
Ini mewujudkan sambungan antara telefon pintar dan kamera, dan memaparkan
sebuah URL.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 89).
Selepas kira-kira 60 saat, skrin monitor kamera akan menjadi kosong.
Menyentuh skrin monitor akan menyebabkan imejnya muncul semula.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi pelayar.
Pelayar secara automatik akan mengakses URL yang dipaparkan oleh kamera
dalam 3 langkah prosedur ini dan memaparkan imej yang disimpan dalam
memori kamera.
Jika tiada imej kamera muncul secara automatik,
masukkan URL ke dalam pelayar secara manual.
Untuk keluar dari fungsi LAN wayarles, sentuh “Keluar”
pada skrin monitor kamera.
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Anda juga boleh melihat imej dalam ingatan kamera pada pelayar komputer
dengan membuat sambungan LAN wayarles dengan komputer.
Untuk maklumat tentang bagaimana memulakan EXILIM Connect dan melihat
imej, rujuk ke manual EXILIM Connect (halaman 86).
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Ingatan Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)
URL