User manual

94
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
” (Sambungan Wayarles) * Tetapan wayarles * Hantaran Auto
Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, imej dihantar secara automatik ke telefon
pintar yang dipasangkan semasa ia merakam. Jika tiada sambungan wayarles antara
kamera dan telefon bimbit semasa imej dirakam, ia akan dihantar sebaik sahaja
sambungan diwujudkan.
Penghantaran Auto tidak didayakan kecuali kamera telah dipasangkan dengan
telefon pintar (halaman 89).
Penghantaran Auto boleh digunakan hanya dengan telefon pintar yang
menyokong Bluetooth low energy. Kedua-dua sambungan Bluetooth dan LAN
wayarles diperlukan di antara kamera dan telefon pintar untuk menghantar imej
kamera secara automatik.
Ikon di bawah dipaparkan pada skrin kamera apabila kamera dan telefon pintar
disambungkan.
Sambungan LAN wayarles: X
Sambungan teknologi wayarles Bluetooth: V
Anda boleh tetapkan saiz imej yang dihantar ke telefon pintar menggunakan “Saiz
sml sblm hntr” (halaman 95).
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Camera Roll
Terminal Android: Galeri, Foto, atau pelayar aplikasi foto yang lain
Hantar Auto dinyadayakan semasa tetapan Mod Pesawat kamera “Hidup”
(halaman 93). Hantar Auto menjadi didayakan semula apabila tetapan Mod
Pesawat kamera diubah ke “Mati”.
Imej yang dirakam ketika tetapan Hantar Auto “Hidup” akan dihantar ke telefon
pintar, walaupun jika tetapan Hantar Auto diubah ke “Mati” sebelum ia dihantar.
Apabila “Hidup” dipilih untuk Hantar Auto, mesej akan muncul apabila anda cuba
untuk memadam fail atau mematikan kamera.
Jika anda cuba untuk mematikan kamera ketika terdapat imej tidak dihantar dalam
memori, mesej akan muncul untuk mengingatkan anda. Jika anda mahu imej
dihantar, biarkan kamera hidup sehingga operasi menghantar lengkap. Dengan
menekan [p] (Kuasa) sekali lagi akan mematikan kamera.
Ambil perhatian bahawa jika sambungan antara kamera dan telefon bimbit hilang
semasa terdapat imej belum dihantar dalam memori, kamera akan mati selepas
sekitar tiga minit, Dalam kes ini, kamera akan cuba menghantar imej sekali lagi
selepas ia dihidupkan.
Menghantar Imej daripada Kamera ke Telefon Pintar Seperti Ia
Dirakam (Penghantaran Auto)