User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

101
Lampiran
Lampiran
*
AMARAN
Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian
atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan
penunjuk ini.
*
AWAS
Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kecederaan
dan kemungkinan berlakunya kerosakan fizikal hanya jika produk digunakan dengan
salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
Contoh Simbol
Peringatan Keselamatan
!
Bulatan ini dengan garis merentasinya (-) bermaksud yang tindakan
ditunjukkan tidak boleh dilakukan. Petunjuk dalam atau berhampiran simbol
ini secara khususnya dilarang. (Contoh di sebelah kiri menunjukkan yang
penceraian dilarang.)
$
Titik hitam (0) bermaksud yang tindakan ditunjukkan mesti dilakukan.
Petunjuk dalam simbol ini ialah tindakan yang secara khususnya diarahkan
untuk dilakukan. (Contoh di sebelah kiri menunjukkan yang palam kuasa
mesti dicabut daripada soket elektrik.)
*
AMARAN
. Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan
lain
Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau
pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran
dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud
salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket dinding. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan
terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Jauhkan Daripada Api
Jangan mendedahkan kamera pada api, yang boleh menyebabkannya
meletup dan mewujudkan risiko kebakaran dan kecederaan pada diri
sendiri.
. Elakkan Penggunaan Semasa Bergerak
Jangan menggunakan kamera untuk merakam atau memain kembali
imej semasa memandu atau semasa berjalan. Melihat monitor semasa
sedang bergerak mewujudkan risiko kemalangan serius.
$
-
-