User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

102
Lampiran
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
Jangan sekali-kali gunakan fungsi yang mengeluarkan cahaya di
kawasan yang terdapat kemungkinan kebakaran atau adanya gas
letupan. Keadaan sebegitu mewujudkan risiko kebakaran atau letupan.
Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang yang sedang mengendalikan kenderaan
bermotor. Perbuatan itu boleh mengganggu pemandangan pemandu
dan mengundang risiko kemalangan.
. Penyesuai USB-AC dan Kord Kuasa
Apabila menggunakan penyesuai USB-AC di negara lain, lakukannya mengikut
arahan dalam Panduan Pengguna.
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Hanya gunakan penyesuai USB-AC yang ditentukan.
Jangan sekali-kali gunakan penyesuai USB-AC dengan peranti lain.
Gunakan punca kuasa yang sepadan dengan bekalan kuasa yang
ditentukan untuk penyesuai USB-AC.
Jangan sekali-kali pasang kord kuasa pada punca kuasa yang dikongsi
dengan peranti lain, atau ke dalam kord sambungan berkongsi.
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC atau kord kuasa boleh merosakkannya,
mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi
langkah berjaga-jaga berikut.
Jangan letak objek berat di atas penyesuai USB-AC atau dipanaskan
secara langsung.
Jangan ubah suai penyesuai USB-AC, membiarkannya rosak, atau
membengkokkannya secara paksa.
Jangan belit atau tarik kord penyesuai USB-AC.
Apabila digunakan, letakkan kord di tempat yang ia tidak akan mengganggu
laluan.
Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu
mewujudkan risiko kejutan elektrik.
Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat
perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC atau kord kuasa di kawasan yang
cecair
* mungkin tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko
kebakaran dan kejutan elektrik.
* Cecair: Air, minuman sukan, air laut, urin haiwan atau haiwan peliharaan, dsb.
Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas
penyesuai USB-AC atau kord kuasa. Air mewujudkan risiko kebakaran
dan kejutan elektrik.
*
AMARAN
#
-
-
-
"
+
-
%