User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

103
Lampiran
Jangan sentuh kord kuasa atau palam kuasa semasa ribut kilat.
Sebelum keluar, pastikan anda mencabut kord kuasa daripada punca
kuasa dan letakkannya di tempat yang jauh daripada obejk yang
digunakan oleh haiwan dan binatang peliharaan. Haiwan atau binatang
peliharaan yang menggigit kord kuasa boleh menyebabkannya terpintas,
membawa kepada risiko kebakaran.
. Air dan Benda Asing
Air, cecair lain atau benda asing (terutamanya logam) yang termasuk ke
dalam kamera mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di
atas. Perhatian lebih diperlukan apabila menggunakan kamera semasa hujan
atau salji, berhampiran laut atau jasad air lain, atau di dalam bilik air.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket dinding. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan
terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Penceraian dan Pengubahsuaian
Jangan cuba menceraikan kamera atau mengubahsuainya dalam
sebarang cara. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik,
kecederaan terbakar dan kecederaan diri lain. Pastikan semua
pemeriksaan dalaman, penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh
peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat.
. Terjatuh dan Layanan Kasar
Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau
layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di
atas.

*
AMARAN
1
+
%
!
-