User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

104
Lampiran
. Bateri Boleh Cas Semula
Untuk mengecas bateri, hanya gunakan kaedah yang diterangkan
secara khusus dalam manual ini. Cubaan mengecas bateri dengan cara
yang tidak dibenarkan mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri,
kebakaran dan letupan.
Jangan mendedah atau merendam bateri dalam air tawar atau air
masin. Perbuatan itu boleh merosakkan bateri dan menyebabkan
prestasinya merosot dan pengurangan hayat perkhidmatan.
Bateri ini dibuat untuk kegunaan bersama Kamera digital CASIO sahaja.
Penggunaan dengan peranti lain mewujudkan risiko kerosakan bateri
atau kemerosotan prestasi bateri dan pengurangan hayat
perkhidmatan.
Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau
bateri, kebakaran dan letupan.
Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api
terbuka.
Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api.
Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya.
Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan
elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
Jangan menceraikan bateri, mencucuknya dengan jarum atau
mendedahkannya pada hentaman yang kuat (memukulnya dengan tukul,
memijaknya dsb.) dan jangan mengenakan pateri padanya. Jangan
meletakkan bateri dalam ketuhar gelombang mikro, penyahlembap, peranti
yang menjana tekanan tinggi dsb.
Jika anda menyedari kebocoran, bau pelik, penjanaan haba,
pengubahan warna, perubahan bentuk atau sebarang keadaan luar
biasa lain semasa mengguna, mengecas atau menyimpan bateri,
segera keluarkannya daripada kamera dan jauhkannya daripada nyalaan api.
Juga, jangan gunakan bateri yang terjejas selepas simptom luar biasa hilang.
Jangan gunakan atau tinggalkan bateri di bawah cahaya matahari,
dalam kenderaan yang diletakkan di bawah matahari atau di mana-
mana kawasan lain yang terdedah pada suhu yang tinggi. Perbuatan itu
boleh merosakkan bateri dan menyebabkan prestasinya merosot dan
pengurangan hayat perkhidmatan. Juga, keadaan ini boleh menyebabkan bateri
mengembang sehingga anda mungkin tidak boleh mengeluarkannya.
. Kad Memori
Kad memori adalah kecil dan mempunyai risiko ditelan secara tidak
sengaja oleh bayi dan kanak-kanak. Jauhkan kad memori daripada bayi
dan kanak-kanak. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja,
hubungi doktor dengan segera.
*
AMARAN
+
%
+
-
+
-
+