User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

105
Lampiran
*
AWAS
. Penyesuai USB-AC dan Kord Kuasa
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC atau kord kuasa mewujudkan risiko
kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga
berikut.
Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan
seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan
jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat
demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di
sekelilingnya menjadi panas.
Apabila mencabut palam daripada outlet dinding, jangan tarik pada kord
kuasa. Pegang palam kuasa dan tarik.
Jangan gunakan detergen apabila membersihkan kord kuasa (terutamanya
palam), penyesuai USB-AC (terutamanya bicu), atau kabel USB (terutamanya
palam).
Masukkan palam kuasa ke dalam outlet dinding setakat yang boleh.
Cabut palam kuasa daripada outlet dinding sebelum meninggalkan
kamera tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama, seperti apabila
pergi melancong, dsb.
Sekurang-kurangnya setahun sekali, gunakan kain atau pembersih
hampagas untuk membersihkan sebarang habuk yang terkumpul pada
hujung palam kuasa dan dalam kawasan di sekitarnya.
. Bateri Boleh Cas Semula
Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang
dinyatakan, berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah
CASIO tempatan anda. Berterusan mengecas mewujudkan risiko
pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan.
Cecair bateri boleh merosakkan mata anda. Jika cecair bateri termasuk
ke dalam mata anda, segera bilas mata anda dengan air paip bersih dan
kemudian hubungi pakar perubatan.
Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama
kamera dan unit pengecas khas sebelum mengguna atau mengecas
bateri.
Simpan bateri di tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanak-
kanak. Apabila menggunakan bateri dengan kehadiran bayi dan kanak-
kanak, berjaga-jaga untuk memastikan yang mereka tidak
mengeluarkan bateri daripada unit pengecas atau kamera.
Jangan tinggalkan bateri berdekatan kawasan yang mempunyai
binatang peliharaan. Binatang peliharaan yang menggigit bateri boleh
menyebabkan kemalangan yang diakibatkan oleh kebocoran bateri,
pemanasan terlampau, atau letupan.
Jika cecair bateri terkena pakaian atau kulit anda, segera basuh dengan
air paip yang bersih. Sentuhan berpanjangan dengan cecair bateri boleh
menyebabkan kerengsaan kulit.
-
+
+
+
+
+
-
+