User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

117
Lampiran
Imej yang direkod
tidak disimpan.
1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi
simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak
disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri
secepat mungkin (halaman 17).
2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada
kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan
menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad
memori sebelum operasi simpan selesai.
Walaupun terdapat
pencahayaan yang
terang, muka orang
dalam imej nampak
gelap.
Cahaya yang cukup tidak sampai kepada subjek. Tukar tetapan
mod denyar kepada
<
(Denyar Hidup) untuk denyar segerak
siang (halaman 35), atau laraskan Anjakan EV ke bahagian +
(halaman 61).
Gambar malam
tidak cantik.
Gunakan pemandangan BEST SHOT berikut (halaman 46)
semasa penggambaran di waktu malam.
Pemandangan Malam (untuk penggambaran pemandangan
malam sahaja)
Potret Malam (untuk penggambaran orang
berlatarbelakangkan pemandangan malam)
Subjek terlalu
gelap semasa
penggambaran
imej di tepi pantai
atau kawasan ski.
Cahaya matahari yang dipantul oleh air, pasir atau salji boleh
menyebabkan kurang dedahan imej. Tukar tetapan mod denyar
kepada
<
(Denyar Hidup) untuk denyar segerak siang
(halaman 35), atau laraskan Anjakan EV ke bahagian +
(halaman 61).
Zum digital
(termasuk zum HD)
tidak berfungsi. Bar
zum menunjukkan
zum sehingga
faktor zum 5.0
sahaja.
Pengecapan masa mungkin telah dihidupkan, yang akan
menyebabkan zum digital dinyahdayakan. Matikan pengecapan
masa (halaman 96).
Imej tidak tepat
fokus semasa
rakaman filem.
1)Pemfokusan mungkin tidak boleh dilakukan kerana subjek
berada di luar jarak fokus. Tangkap gambar dalam jarak yang
dibenarkan.
2)Kanta mungkin kotor. Bersihkan kanta (halaman 109).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan