User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

18
Asas Mula Pantas
Kali pertama anda memuatkan bateri ke dalam kamera, skrin akan muncul untuk
mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan
tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah
dirakam bersama imej.
Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di
bawah jika anda membeli kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun. Untuk
menukar bahasa paparan daripada bahasa Jepun dalam kes ini, gunakan
prosedur di bawah “Menentukan Bahasa Paparan (Language)” (halaman 97).
Harap maklum bahawa versi manual ini dalam bahasa yang anda pilih mungkin
tidak disertakan bersama kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun.
Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong
pemilihan bahasa paparan.
1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk
menghidupkan kamera.
2. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk
memilih bahasa yang anda mahu dan
kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih
gaya tarikh dan kemudian tekan [SET].
Contoh: Julai, 10, 2015
TT/BB/HH
* 15/7/10
HH/BB/TT
* 10/7/15
BB/HH/TT
* 7/10/15
4. Tetapkan tarikh dan masa.
Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda
mahu tukar dan kemudian guna [8] dan [2] untuk
menukarnya.
Untuk bertukar antara format 12-jam dengan 24-jam,
tekan [0] (Filem).
5. Setelah menetapkan tarikh dan masa, guna [4]
dan [6] untuk memilih “Guna” dan kemudian
tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Auto” atau “Auto Premium”
sebagai mod rakaman dan kemudian tekan [SET].
Lihat halaman 24 untuk maklumat mengenai mod rakaman auto.
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda
Menghidupkan Kamera
[ON/OFF] (Kuasa)
[0] (Filem)