User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

19
Asas Mula Pantas
Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa
musim panas, maka ia tertakluk pada perubahan.
Mengeluarkan bateri daripada kamera terlalu cepat selepas mengkonfigurasi
tetapan masa dan tarikh buat kali pertama boleh menyebabkan tetapan ditetapkan
semula kepada lalai kilangnya. Jangan keluarkan bateri untuk sekurang-kurangnya
24 jam setelah mengkonfigurasi tetapan.
Walaupun kamera memiliki memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk
menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia
secara komersil untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad
memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad
memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina
dalam.
Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 122.
Kad Memori SD (Sehingga 2 GB)
Kad Memori SDHC (2 GB hingga 32 GB)
Kad Memori SDXC (32 GB hingga 2 TB)
Gunakan satu daripada jenis kad memori di atas.
Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan Jun 2012.
Kapasiti kad memori yang tercatat adalah nilai standard.
Hanya gunakan kad SD yang mematuhi spesifikasi Persatuan Kad SD.
Kamera ini menyokong penggunaan kad Eye-Fi.
Jika anda melakukan kesalahan mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh
dan masa dengan prosedur di atas, rujuk halaman berikut untuk maklumat
mengenai cara membetulkan tetapan.
Bahasa paparan: Halaman 97
Tarikh dan masa: Halaman 96
Menyediakan Kad Memori
Kad Memori yang Disokong