User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

22
Asas Mula Pantas
. Untuk menghidupkan kuasa
Menekan [ON/OFF] (Kuasa) memasuki mod RKM
supaya anda boleh merakam imej. Menekan [p]
(MAIN) semasa dalam mod RKM memasuki mod MAIN,
yang anda boleh gunakan untuk melihat syot kilat dan
filem (halaman 28, 65).
Menekan [p] (MAIN) menghidupkan kamera dan
memasuki mod MAIN.
Menekan [r] (RKM) semasa dalam mod MAIN akan
mengembalikan anda ke mod RKM.
Sentiasa pastikan tiada apa yang menghalang atau
tersentuh kanta semasa ia mengunjur keluar.
Memegang kanta dengan tangan anda supaya ia
tidak terkeluar mewujudkan risiko kerosakan.
Kira-kira 10 saat selepas anda menekan [p] (MAIN)
untuk memasuki mod MAIN, kanta akan masuk ke
dalam kamera.
Fungsi Tidur atau Mati Kuasa Auto (halaman 97, 98)
akan mematikan kuasa secara automatik jika anda
tidak melakukan sebarang operasi untuk tempoh masa yang dipraset.
. Untuk mematikan kamera
Tekan [ON/OFF] (Kuasa).
Anda juga boleh mengkonfigurasi kamera untuk dihidupkan atau dimatikan apabila
anda menekan [r] (RKM) (halaman 98).
Menghidupkan dan Mematikan Kamera
[ON/OFF] (Kuasa)
[p] (MAIN) [r] (RKM)