User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

23
Asas Mula Pantas
Imej anda akan kabur jika anda menggerakkan kamera semasa anda menekan
butang pengatup. Semasa menekan butang pengatup, pastikan kamera dipegang
seperti ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah dan kekalkan kedudukannya dengan
menekan lengan anda rapat di sisi badan semasa anda menangkap.
Sambil memastikan kamera tidak bergerak, perlahan-lahan tekan butang pengatup
dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan semasa pengatup
dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. Ini penting terutamanya
apabila pencahayaan rendah, yang melambatkan kelajuan pengatup.
Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak
melindungi mana-mana kawasan yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
Untuk mengelak daripada menjatuhkan kamera
secara tidak sengaja, pasang tali tangan dan
pastikan ia berada di keliling jari atau pergelangan
tangan anda semasa anda mengendalikan
kamera.
Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
Tali yang disediakan bertujuan untuk digunakan
dengan kamera ini sahaja. Jangan gunakannya
untuk sebarang tujuan lain.
Sentiasa pastikan jari anda tidak menghalang atau
tidak terlalu hampir dengan denyar. Jari-jemari
boleh menyebabkan bayang yang tidak diingini
semasa menggunakan denyar.
Memegang Kamera Dengan Betul
Melintang Menegak
Pegang kamera supaya denyar
berada di atas kanta.
Denyar
Lampu hadapan
Kanta
Mikrofon