User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

27
Asas Mula Pantas
. Jika imej tidak berada dalam fokus...
Jika bingkai fokus kekal merah dan lampu belakang berkelip hijau, ia bermakna imej
tidak berada dalam fokus (kerana subjek terlalu dekat dsb.). Halakan semula kamera
pada subjek dan cuba fokus sekali lagi.
. Merakam dengan Auto
Jika subjek tidak berada di tengah bingkai...
“Kunci fokus” (halaman 53) ialah nama teknik yang anda boleh gunakan apabila anda
mahu menangkap imej apabila subjek yang ingin difokuskan tidak berada dalam
bingkai fokus di tengah skrin.
Untuk menjejak pergerakan subjek yang bergerak
Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk mengikuti dan memfokus secara
automatik subjek yang bergerak. Lihat “O Penjejakan” (halaman 55) untuk butiran
lanjut.
. Merakam dengan Auto Premium
Selain kelajuan pengatup, bukaan dan kepekaan ISO, kamera secara automatik
melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan Auto
Premium.
Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda anda menekan butang pengatup
sehingga separuh.
Mekap (halaman 38)
Bawah persediaan awal kamera lalai apabila anda membelinya, memilih Auto
Premium sebagai mod rakaman auto (halaman 24) menghidupkan fungsi
Mekap.
Merakam dengan Auto Premium boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku
kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Apabila Merakam dengan Auto Premium, mesej “Memproses Auto Premium.”
mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa kamera mengambil masa terlalu
lama untuk memproses data, cuba merakam dengan Auto standard pula.
Dalam sesetengah kes, Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir persekitaran
rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.