User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

28
Asas Mula Pantas
Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera.
Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 65.
1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki
mod MAIN.
Ini akan memaparkan satu daripada
syot kilat yang disimpan dalam
memori.
Maklumat mengenai syot kilat yang
dipaparkan turut disertakan
(halaman 10).
Anda juga boleh memadamkan
maklumat untuk melihat syot kilat sahaja (halaman 11).
Anda boleh mengezum imej dengan menekan butang zum z (halaman 66).
Jika anda sedang merakam syot kilat yang penting, anda disarankan supaya
mengezum imej dan periksa butirannya selepas merakamnya.
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej.
Terus menekan salah satu butang akan menatal pada kelajuan tinggi.
Menekan butang pengatup sehingga separuh semasa dalam mod MAIN atau
semasa skrin menu dipaparkan akan menukar terus ke mod RKM.
Melihat Syot Kilat
[p] (MAIN)
[6]
[6]
[4]
[4]