User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

32
Tutorial Syot Kilat
Tiada ikon dipaparkan untuk sebarang opsyen Panel Kawalan (halaman 9) yang
ditetapkan pada tetapan lalai awalnya (tetap semula). Ikon akan muncul hanya jika
anda menukar tetapan opsyen Panel Kawalan yang berkenaan. Berikut adalah
lalai awal untuk opsyen Panel Kawalan.
Denyar: Denyar Auto
Pemasa kendiri: Mati
Mekap: Mati
Pencahayaan: Mati
Anda juga boleh mengkonfigurasi tetapan selain daripada yang disenaraikan di
atas (halaman 50).
. Piksel dan saiz imej
Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik
kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak
piksel dalam imej, lebih banyak perincian
yang ada. Namun, anda selalunya tidak
mengalami masalah dengan piksel yang
kurang semasa mencetak imej (saiz L)
melalui perkhidmatan cetak, melampir imej
pada e-mel, apabila melihat imej pada
komputer dsb.
Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai
piksel melintang
x
piksel menegak.
Misalnya:
Ambil perhatian bahawa imej besar mempunyai lebih banyak piksel, jadi ia
menggunakan lebih banyak ruang memori.
Untuk maklumat mengenai saiz imej, kualiti imej dan bilangan imej yang boleh
disimpan, lihat halaman 122.
Untuk maklumat mengenai saiz imej filem, lihat halaman 34.
Untuk maklumat mengenai mengubah saiz syot kilat sedia ada, lihat halaman 73.
Menukar Saiz Imej (Saiz)
Saiz Imej piksel
10 M 3648
x
2736 (Kira-kira 10 juta piksel)
3 M 2048
x
1536 (Kira-kira 3 juta piksel)
Piksel