User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

40
Tutorial Syot Kilat
Lebih tinggi faktor zum digital, lebih kasar imej yang dirakam. Ambil perhatian
bahawa kamera juga mempunyai fungsi yang membenarkan anda merakam
menggunakan sum digital tanpa kemerosotan imej (halaman 41).
Penggunaan tripod disarankan untuk mengelak kejadian imej kabur disebabkan
pergerakan kamera semasa menangkap gambar menggunakan telefoto.
Melakukan operasi zum menukar bukaan kanta.
Zum digital hanya tersedia semasa rakaman filem. Anda boleh melaras tetapan
zum optik sebelum anda menekan butang pengatup untuk memulakan rakaman
filem.
. Titik Pertukaran Zum Optik dan Zum Digital
Menekan dan menahan z (telefoto) akan mengezum sehingga faktor zum optik
maksimum dicapai. Melepaskan sebentar butang apabila ia mencapai maksimum
dan kemudian menekannya kembali akan bertukar ke zum digital, yang anda boleh
guna untuk menetapkan faktor zum yang lebih tinggi.
Semasa zum, bar zum pada skrin monitor menunjukkan tetapan zum semasa.
Penunjuk kemerosotan imej
Bar zum
Jarak pemfokusan
(Dipaparkan untuk Auto Fokus, Fokus Makro dan Fokus
Manual.)
5X hingga 36X
Jarak kualiti imej tidak merosot
1X
20X hingga 79.7X
Penunjuk zum
(Menandakan zum semasa.)
Kemerosotan imej
Titik tukar zum optik/digital
5X titik optik zum
Jarak kualiti imej merosot