User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

42
Merakam Imej Filem dan Audio
Merakam Imej Filem dan Audio
1. Mengkonfigurasi tetapan kualiti untuk filem (halaman 34).
Panjang filem yang boleh anda rakam bergantung pada tetapan kualiti yang anda
pilih.
2. Dalam mod RKM, halakan kamera
pada subjek dan kemudian tekan
[0] (Filem).
Ini akan memulakan rakaman dan
memaparkan Y pada skrin monitor.
Rakaman filem menyertakan audio
monaural.
Sejurus selepas anda menekan [0]
(Filem), kamera akan memfokus
secara automatik pada subjek di
tengah skrin monitor. Selepas ini,
fokus akan ditetapkan semasa
rakaman filem sedang berlangsung.
3. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
Setiap filem boleh mencecah 29 minit. Rakaman filem berhenti secara
automatik selepas rakaman selama 29 minit. Rakaman Filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori menjadi penuh sebelum anda
memberhentikan rakaman filem dengan menekan [0] (Filem).
Merakam dengan BEST SHOT
Dengan BEST SHOT (halaman 46), anda boleh memilih sampel pemandangan yang
sepadan dengan jenis filem yang anda cuba rakam dan kamera akan menukar
tetapannya dengan sewajarnya untuk menghasilkan filem yang indah setiap kali.
Rakaman Filem dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT tertentu sedang
digunakan.
Untuk merakam filem
Masa rakaman
Baki masa rakaman
(halaman 123)
[0] (Filem)