User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

43
Merakam Imej Filem dan Audio
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang perkara
berikut apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda dsb.
Hasil rakaman yang bagus tak boleh berlaku apabila kamera
terlalu jauh daripada apa yang ingin anda rakam.
Mengendalikan butang kamera semasa merakam boleh
menyebabkan bunyi butang dirakam dalam audio.
Menangkap gambar subjek yang terang boleh menyebabkan garis menegak atau
bayang merah jambu pada imej skrin monitor. Ini tidak bermakna berlaku
kerosakan.
Menggunakan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana mungkin gunakan kad memori Ultra
High-Speed Type. Namun ambil perhatian bahawa bukan semua operasi boleh
dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed Type digunakan. Tetapan kualiti
filem tertentu mungkin mengakibatkan masa yang lama digunakan untuk merakam
data, di mana ini boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio semasa
main semula. Jika ini berlaku, ikon » dan Y akan berkelip pada skrin monitor.
Hanya zum digital boleh digunakan untuk mengezum semasa rakaman filem. Oleh
sebab zum optik tidak boleh dilakukan semasa merakam filem, zum mengikut
keperluan sebelum menekan [0] (Filem) untuk memulakan rakaman.
Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Oleh sebab itu, penggunaan
tripod amat disarankan dalam keadaan ini.
Fokus akan ditetapkan semasa rakaman filem sedang berlangsung.
Mikrofon