User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

44
Merakam Imej Filem dan Audio
Rakaman Suara membenarkan anda merakam audio sahaja, tanpa syot kilat atau
filem.
Untuk maklumat mengenai kapasiti Rakaman Suara, lihat halaman 123.
. Merakam audio sahaja
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen terbawah Panel Kawalan
(BS) dan kemudian tekan [SET] (halaman 31).
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk memilih pemandangan “Rakaman
Suara” dan kemudian tekan [SET].
Ini menyebabkan ` muncul di skrin monitor.
4. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
Lampu belakang berkelip hijau semasa rakaman
sedang berjalan.
Menekan [SET] semasa rakaman akan menyisip
penanda ke dalam rakaman. Semasa main
semula, anda boleh melompat ke penanda dalam
rakaman.
5. Tekan butang pengatup semula untuk
menghentikan rakaman audio.
Untuk mencipta fail rakaman audio lain, ulangi langkah 4 dan 5.
Untuk mematikan Rakaman Suara, tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk
memilih opsyen teratas Panel Kawalan (Mod rakaman auto), dan kemudian
pilih R (Auto) atau Ÿ (Auto Premium).
Anda boleh menggunakan [8] (DISP) semasa rakaman audio untuk togol skrin
monitor hidup atau mati.
Semasa kandungan skrin monitor dimatikan, memilih pemandangan “Rakaman
Suara” akan menyebabkan skrin monitor mati serta-merta (halaman 11).
Mengenai data audio
Fail audio boleh dimain semula pada komputer dengan Windows Media Player
atau QuickTime.
Data Audio: WAVE/IMA-ADPCM (sambungan WAV)
Merakam dan Memainkan semula Audio Sahaja
(Rakaman Suara)
Masa rakaman
Baki masa rakaman