User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

49
Menggunakan BEST SHOT
Dengan ciri ini, anda boleh merakan potret sendiri hanya dengan menghala kamera
ke muka anda.
BEST SHOT mempunyai dua pilihan pemandangan potret sendiri.
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih “Potret sendiri (Seorang)”
atau “Potret sendiri (2 orang)”.
2. Tekan butang pengatup sepenuhnya, dan halakan
kamera ke arah anda.
Kira-kira tiga saat selepas anda menekan butang
pengatup, kamera akan tunggu sedia Auto Pengatup dan
memulakan pengesanan muka. Selepas kamera
mengesan bilangan muka, fokus, dan melaras pendedahan
pada tahap sewajarnya, ia akan berbunyi bip dua kali dan
melepaskan pengatup secara automatik.
Kamera akan menghasilkan bunyi pengatup dan lambu depan akan berkelip
dua kali semasa pengatup dilepaskan.
Untuk membatalkan tunggu sedia Auto Pengatup, tekan [SET].
Jika kamera kekal dalam tunggu sedia Auto Pengatup tanpa melepaskan
pengatup, anda boleh merakam imej dengan menekan butang pengatup
sepenuhnya sekali lagi.
Merakam dengan ciri potret sendiri mungkin menghasilkan imej kabur apabila
merakam di kawasan bercahaya malap, yang menyebabkan tetapan kelajuan
pengatup sangat perlahan.
Masa cetus Mati Kuasa Auto (halaman 98) ditetapkan pada lima minit semasa
kamera sedang tunggu sedia Auto Pengatup. Tidur (halaman 97) dinyahdaya
semasa Auto Pengatup digunakan.
Merekod Potret sendiri
Potret sendiri (Seorang): Merakam apabila muka sekurang-kurangnya seorang,
termasuk anda, dikesan.
Potret sendiri (2 orang) : Merakam apabila muka sekurang-kurangnya dua orang,
termasuk anda, dikesan.