User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

53
Tetapan Lanjutan
Untuk memfokus dengan fokus manual
1. Pada skrin monitor, gubah imej supaya subjek
yang anda mahu fokuskan berada dalam
sempadan kuning.
2. Melihat imej pada skrin monitor menggunakan
[4] dan [6] untuk melaras fokus.
Pada masa ini imej yang berada dalam sempadan
akan membesar dan memenuhi skrin monitor, yang
membantu pemfokusan. Jika anda tidak
melakukan apa-apa operasi selama dua saat
semasa imej yang membesar itu dipaparkan, skrin
dalam langkah 1 akan muncul semula.
Ciri Auto Makro mengesan jarak subjek dari lensa dan secara automatik memilih
Fokus Makro atau Auto Fokus mengikut kesesuaian.
Auto Makro boleh digunakan semasa rakaman syot kilat sahaja.
Penggunaan denyar bersama Fokus Makro boleh menyebabkan cahaya denyar
terhalang, yang boleh menyebabkan bayang kanta yang tidak diingini dalam imej
anda.
Apabila anda melakukan operasi zum optik semasa penggambaran dengan Auto
Fokus, Fokus Makro atau Fokus Manual, satu nilai akan muncul pada skrin monitor
untuk memberitahu anda jarak fokus, seperti ditunjukkan di bawah.
Contoh: oo* sm hingga 9
* oo ialah nilai jarak pemfokusan sebenar.
Operasi yang diberikan pada kekunci [4] dan [6] dengan tetapan “Kekunci Kiri/
Knn” (halaman 59) dinyahdayakan apabila Fokus Manual dipilih sebagai mod
fokus.
Menggunakan Kunci Fokus
“Kunci fokus” ialah teknik yang anda boleh gunakan
apabila anda mahu menggubah imej di mana subjek
yang ingin anda fokuskan tidak berada dalam bingkai
fokus di tengah skrin.
Untuk menggunakan kunci fokus, pilih “U Titik”
untuk kawasan Fokus Auto (halaman 55).
1. Jajarkan bingkai fokus skrin monitor dengan
subjek yang anda mahu fokuskan dan
kemudian tekan butang pengatup sehingga
separuh.
Sempadan kuning
Bingkai fokus
Subjek untuk
difokuskan