User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

56
Tetapan Lanjutan
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab “RKM” * Pengecaman Muka
Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan
[SET].
2. Halakan kamera pada subjek.
Kamera akan mengesan muka manusia dan
memaparkan rangka di sekeliling setiap muka.
3. Tekan butang pengatup sehingga separuh.
Kamera akan memfokus dan bingkai di sekeliling
muka yang difokuskannya bertukar hijau.
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Kamera melakukan fokus berpusat jika ia tidak dapat mengesan muka.
Satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa pengecaman muka didayakan
ialah Auto Fokus (AF).
Pengecaman muka mungkin mengambil masa yang lama apabila anda memegang
kamera secara melintang.
Pengecaman jenis muka berikut tidak disokong.
Muka yang dihalang rambut, cermin mata hitam, topi dsb. atau muka dalam
bayang gelap
Sisi atau muka yang berada pada sudut tertentu
Muka yang berada terlalu jauh dan kecil atau terlalu dekat dan besar
Muka di kawasan yang sangat gelap
Muka binatang peliharaan atau subjek bukan manusia lain
Pengecaman muka tidak boleh digunakan bersama satu daripada ciri berikut.
Beberapa pemandangan BEST SHOT
Rakaman Filem
Tetapan kawasan AF (halaman 55) diabaikan semasa pengecaman muka
didayakan.
Menghidupkan Mekap (halaman 38) akan secara automatik menghidupkan
Pengesanan Muka.
Menggunakan Pengecaman Muka (Pengecaman Muka)
Ikon Pengecaman Muka