User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

63
Tetapan Lanjutan
Apabila “Auto” dipilih untuk tetapan imbangan putih, kamera secara automatik
menentukan titik putih subjek. Warna subjek dan keadaan sumber cahaya tertentu
boleh menyebabkan masalah apabila kamera cuba untuk menentukan titik putih,
yang membuatkan pelarasan imbangan putih yang betul menjadi mustahil. Jika ini
berlaku, pilih tetapan keimbangan putih yang sepadan dengan keadaan
penggambaran anda (Siang, Mendung dsb.).
Manual
Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual
supaya sesuai dengan sumber lampu tertentu
Pilih “Manual”.
Di bawah keadaan
pencahayaan yang anda
bercadang gunakan semasa
penggambaran, halakan
kamera pada sekeping
kertas putih kosong supaya
ia memenuhi seluruh skrin
monitor dan kemudian tekan butang pengatup.
Tekan [SET].
Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun
anda mematikan kamera.
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Kertas putih
kosong