User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

68
Melihat Syot kilat dan Filem
Merakam Imej Kamera pada Perakam DVD atau Dek Video
Gunakan satu daripada kaedah berikut untuk menyambungkan kamera pada peranti
rakaman menggunakan kabel AV (EMC-7A) pilihan yang tersedia.
Perakam DVD atau dek video Sambung ke terminal MASUK VIDEO dan
MASUK AUDIO.
Kamera: port USB/AV
Anda boleh memainkan persembahan slaid syot kilat dan filem pada kamera dan
rakamnya pada DVD atau pita video. Apabila merakam imej ke peranti luaran,
gunakan [8] (DISP) untuk membersihkan semua penunjuk daripada skrin monitor
(halaman 11).
Untuk maklumat mengenai menyambungkan monitor pada peranti rakaman dan cara
merakam, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama peranti rakaman yang
anda gunakan.