User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

79
Percetakan
. Cap Tarikh
Anda boleh menggunakan satu daripada tiga kaedah berikut untuk menyertakan
tarikh rakaman pada cetakan imej.
. Standard yang Disokong oleh Kamera
•Exif Print
Mencetak pada pencetak yang menyokong Exif Print
menggunakan maklumat mengenai keadaan tangkapan yang
dirakam bersama imej untuk meningkatkan kualiti imej yang
dicetak. Hubungi pengilang pencetak anda untuk maklumat
mengenai model yang menyokong Exif Print, peningkatan
pencetak dsb.
Mengkonfigurasi tetapan kamera
Mengkonfigurasi tetapan DPOF (halaman 77).
Anda boleh menghidupkan dan mematikan cap tarikh setiap kali anda
mencetak. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan supaya sesetengah imej
menyertakan cap tarikh sementara yang lain tidak.
Konfigurasi tetapan Cap Masa Kamera (halaman 96).
Tetapan Cap Masa kamera menera tarikh ke dalam syot kilat selepas anda
menangkapnya, supaya tarikh sentiasa disertakan apabila anda mencetak.
Ia tak boleh dipadam.
Jangan hidupkan cap tarikh DPOF untuk imej yang menyertakan tarikh yang
dicap dengan fungsi Cap Masa kamera. Perbuatan ini boleh menyebabkan
dua cap tersebut bertindan.
Mengkonfigurasi tetapan komputer
Anda boleh menggunakan perisian pengurusan imej yang tersedia secara
komersil untuk cap tarikh pada imej.
Perkhidmatan cetak profesional
Minta cap tarikh apabila menempah cetakan daripada perkhidmatan cetak
profesional.