User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

80
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera
bersambung dengan komputer.
* Windows sahaja
Prosedur yang perlu anda lakukan apabila menggunakan kamera dengan komputer
anda dan apabila menggunakan perisian adalah berbeza untuk Windows dan
Macintosh.
Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer...
Menyimpan imej
pada komputer
dan melihatnya di
situ
Menyimpan imej dan melihatnya secara
manual (sambungan USB) (halaman 82,
86).
Memindah imej ke komputer secara
automatik melalui LAN tanpa wayar untuk
melihat (Eye-Fi) (halaman 88).
Main semula dan
sunting filem
Anda boleh main semula fail (halaman 84,
87).
Untuk menyunting filem, gunakan perisian
yang tersedia secara komersil mengikut
keperluan.
Memindah imej
yang disimpan di
komputer anda ke
memori kamera
Selain imej, anda juga boleh memindah imej
tangkapan skrin daripada komputer anda ke
kamera (Photo Transport
*).
Muat naik fail filem
ke YouTube
Fail filem yang dirakam menggunakan
pemandangan BEST SHOT “Untuk
YouTube” dengan mudah boleh dimuat naik
ke YouTube (YouTube Uploader for
CASIO*).
Pengguna Windows perlu merujuk pada “Menggunakan Kamera dengan
Komputer Windows” di halaman 81.
Pengguna Macintosh perlu merujuk pada “Menggunakan Kamera dengan
Macintosh” di halaman 85.