User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

87
Menggunakan Kamera dengan Komputer
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
4. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Pada kamera, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera.
Selepas memeriksa untuk memastikan lampu belakang tidak menyala
atau merah menyala, tanggalkan kabel USB.
. Untuk melihat imej yang disalin
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 91.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Anda boleh menggunakan QuickTime, yang disertakan tergabung dengan sistem
pengendalian anda, untuk main semula filem pada Macintosh. Untuk main semula
filem, mula-mula salinnya ke Macintosh anda dan kemudian dwiklik fail filem.
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu daripada
sekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh menganggu main semula
filem.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Mac OS X 10.3.9 atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime 7 atau lebih tinggi