User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

89
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Imej yang dirakam dipindah melalui LAN tanpa wayar. Jangan menggunakan kad
Eye-Fi atau mematikan komunikasi kad Eye-Fi (halaman 93) bila berada dalam
kapal terbang atau di sebarang lokasi lain di mana komunikasi tanpa wayar adalah
terhad atau dilarang.
Memuatkan kad Eye-Fi akan menyebabkan penunjuk Eye-Fi
muncul pada skrin monitor. Keadaan lut sinar atau tidak lut sinarnya
menunjukkan status komunikasi seperti ditunjukkan di bawah.
Ikon komunikasi akan muncul pada skrin monitor apabila pemindahan data
sedang berjalan.
Fungsi Mati Kuasa Auto (halaman 98) kamera dinyahdayakan semasa
pemindahan data imej sedang berjalan.
Mesej pengesahan akan muncul pada skrin monitor jika anda cuba mematikan
kamera semasa pemindahan data imej sedang berjalan. Ikut arahan dalam mesej
(halaman 120).
Pemindahan imej yang banyak mengambil masa untuk diselesaikan.
Bergantung pada jenis kad Eye-Fi yang anda gunakan dan tetapannya, imej pada
kad Eye-Fi mungkin dipadam sejurus pemindahan data imej.
Semasa merakam filem pada kad Eye-Fi, ia mungkin mengambil masa yang lama
untuk merekod data, yang boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio.
Komunikasi data kad Eye-Fi yang betul mungkin tak boleh dilakukan kerana
tetapan kamera, tahap bateri atau keadaan pengendalian.
Lut sinar
Titik capaian tidak boleh ditemui atau
data imej yang boleh dipindah tidak
wujud.
Tidak lut sinar Pindahan imej sedang berjalan
Berkelip Sedang mencari titik capaian