User manual - EXN1_N2_N10_N20_Z32_M29_FA (Malay (macrolanguage))

92
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Fail Imej yang Disokong
Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini
Fail imej komplian DCF
Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF.
Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil
masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini.
. Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad
Memori
Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin
folder DCIM dan semua kandungannya. Cara yang baik untuk mengesan
beberapa salinan folder DCIM ialah untuk menukar namanya kepada tarikh atau
sesuatu yang serupa setelah anda menyalinnya ke komputer anda. Namun jika
nanti anda memutuskan mengembalikan folder ke kamera, pastikan menukar
namanya kembali ke DCIM. Kamera direka untuk mengenali hanya fail akar
dengan nama DCIM. Ingat bahawa kamera juga tidak akan dapat mengenal folder
dalam folder DCIM melainkan ia mempunyai nama yang dipunyainya dulu ketika
anda menyalinnya daripada kamera ke komputer anda.
Folder dan fail mesti disimpan mengikut “Struktur Folder Memori” ditunjukkan di
halaman 91 untuk kamera mengenali mereka dengan betul.