User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

111
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Saiz imej yang ada terhad untuk sesetengah fungsi seperti yang dicatat di bawah.
. Piksel dan saiz imej
Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik
kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak
piksel dalam imej, lebih banyak perincian
yang ada. Namun, anda selalunya tidak
mengalami masalah dengan piksel yang
kurang semasa mencetak imej (saiz L)
melalui perkhidmatan cetak, melampir imej
pada e-mel, apabila melihat imej pada
komputer dsb.
Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai
piksel melintang
x
piksel menegak.
Misalnya:
Ambil perhatian bahawa imej besar mempunyai lebih banyak piksel, jadi ia
menggunakan lebih banyak ruang memori.
Untuk maklumat mengenai saiz imej, kualiti imej dan bilangan imej yang boleh
disimpan, lihat halaman 208.
Untuk maklumat mengenai saiz imej filem, lihat halaman 112.
Untuk maklumat mengenai mengubah saiz syot kilat sedia ada, lihat halaman 149.
16 M
Saiz imej ini tidak boleh dipilih apabila menggunakan “HS Night Shot
(Syot Malam HS)”. Memilih “16M” dalam mod lain dan kemudian
bertukar kepada “HS Night Shot (Syot Malam HS)” akan menyebabkan
saiz imej bertukar kepada “10 M” secara automatik.
3:2,
16:9
Saiz imej ini tidak boleh dipilih apabila menggunakan “High Speed CS
(CS Berkelajuan Tinggi)” atau “HS Night Shot (Syot Malam HS)”.
Memilih “3:2” atau “16:9” dalam mod lain dan kemudian bertukar kepada
“High Speed CS (CS Berkelajuan Tinggi)” akan menyebabkan saiz imej
bertukar kepada “16 M” secara automatik. Bagi “HS Night Shot (Syot
Malam HS)”, saiz imej akan bertukar kepada “10 M” secara automatik.
Saiz imej Piksel
16 M 4608
x
3456 (Kira-kira 16 juta piksel)
3 M 2048
x
1536 (Kira-kira 3 juta piksel)
Piksel