User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
117
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
• Hanya pembetulan goncangan kamera boleh digunakan semasa rakaman filem
FHD dan STD.
• Pembetulan antigoncang tidak disokong semasa rakaman Filem Berkelajuan
Tinggi, Filem Seni HDT, atau Time Lapse (Selang Masa).
• Apabila Antigoncang didayakan dan “Auto” dipilih untuk “ISO” (halaman 51),
kepekaan ISO, apertur, dan kelajuan pengatup tidak akan muncul di skrin monitor
apabila anda menekan separuh butang pengatup. Nilai-nilai ini akan kelihatan di
paparan imej sejurus selepas ia ditangkap.
• Penggambaran dengan Antigoncang didayakan boleh menyebabkan imej
kelihatan agak kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan
resolusi imej.
• Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
• Antigoncang mungkin tidak berfungsi dengan baik apabila kamera dipasang pada
tripod. Matikan Antigoncang.
• Walaupun “Strong (Kuat)” dipilih untuk tetapan Antigoncang, sesetengah keadaan
rakaman mungkin menyebabkan anda tidak dapat mendapat hasil Antigoncang
yang diingini.










