User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
164
Menggunakan Kamera dengan Komputer
• Jangan menanggalkan kabel USB atau mengendalikan kamera semasa melihat
atau menyimpan imej. Perbuatan itu boleh merosakkan data.
• Kamera tidak menyokong operasi dengan Mac OS X 10.0. Operasi ini disokong
dengan Mac OS 10.1, 10.2, 10.3, 10.4, 10.5, 10.6, 10.7, dan 10.8 (menggunakan
pemacu USB standard OS) sahaja.
• Anda juga boleh menggunakan slot kad komputer anda (jika ia memilikinya) atau
pembaca kad yang tersedia secara komersil untuk mencapai fail secara terus dari
kad memori komputer. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan
bersama komputer anda.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh
Apabila anda mahu
melakukan ini:
Versi Sistem
Pengendalian
Pasang perisian ini:
Lihat
halaman:
Menyimpan imej
pada Macintosh anda
dan melihatnya di
situ secara manual
OS X Pemasangan tidak diperlukan. 164
Simpan imej pada
Macintosh anda
secara automatik/
Urus imej
OS X
Gunakan iPhoto, yang
disertakan tergabung dengan
beberapa produk Macintosh.
–
Mainkan filem OS X
Main semula fail filem disokong
bagi OS X 10.4.11 atau lebih
tinggi jika QuickTime 7 atau
lebih tinggi dipasang.
166
Menyambung Kamera pada Komputer Anda dan Menyimpan Fail
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam,
mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam
memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera,
yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan
boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik. Apabila anda mahu
mengubah suai, memadam, mengalih atau menama semula imej, lakukannya
hanya pada imej yang disimpan pada komputer anda.










