User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

17
Asas Mula Pantas
Syot Tigaan
Menekan butang pengatup akan menangkap letusan
tiga imej dan menyimpannya dalam memori. Ciri ini
sangat sesuai untuk memastikan anda tidak terlepas
saat-saat indah semasa dikelilingi kanak-kanak.
Latar Belakang Kabur
Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan
kemudian mengaburkan latar belakang di belakang
subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-
benar menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang
diambil dengan kamera refleks satu kanta.
PRO Auto Premium
Pilih rakaman PRO Auto Premium dan
kamera akan menentukan secara automatik
sama ada anda sedang merakam suatu
subjek atau pemandangan dan keadaan lain.
PRO Auto Premium memberikan kualiti imej
yang lebih baik berbanding Auto standard.
Filem Berkelajuan Tinggi
Filem boleh dirakam pada kelajuan sehingga
1000 bingkai per saat. Ini membolehkan anda melihat
fenomena yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia,
dengan jelas dalam gerakan perlahan.
Rakaman Filem FHD
Anda boleh merakam filem dalam FHD berkualiti
tinggi.
(1920
x
1080 piksel 30 fps)
*Lihat halaman 70 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 90 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 34 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 74 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 74 untuk maklumat lanjut.