User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
192
Lampiran
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
• Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan. Bagi bayi dan
kanak-kanak khususnya, jauhkan sumber cahaya sekurang-kurangnya satu
meter dari mata.
• Sila berhati-hati supaya jari, sarung tangan, atau benda lain tidak
tersentuh tingkap denyar semasa menangkap gambar. Tersentuh
tingkap denyar boleh menyebabkan lecur, asap, perubahan warna, atau
masalah lain.
• Jangan nyalakan denyar jika tingkap denyar kotor, berhabuk, atau
dikotori bendasing. Berbuat demikian boleh menyebabkan asap keluar
dan warna berubah.
. Pengangkutan
• Apabila berada dalam pesawat atau kemudahan perubatan, patuhi
arahan orang yang bertugas. Gelombang elektromagnet dan isyarat lain
yang dipancarkan oleh kamera boleh menjejaskan peralatan lain.
. Jaket Kamera
• Apabila memakai tali kamera di leher anda, kamera boleh tanpa
dijangka terlanggar objek, terjatuh atau tersekat di pintu, mewujudkan
risiko kerosakan atau kecederaan pada diri sendiri. Pegang kamera
dengan tangan anda atau ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan
masalah sebegitu. Jangan ayun jaket menggunakan talinya.
• Jauhkan jaket daripada kanak-kanak kecil. Tali jaket boleh terlilit di
keliling leher kanak-kanak kecil, mewujudkan risiko kemalangan serius.
• Jika anda perasan sebarang kegatalan, ruam atau keluarbiasaan kulit
yang lain di kawasan tali leher, berhenti menggunakannya serta-merta.
. Skrin monitor
• Apabila mengembalikan skrin monitor ke belakang kamera, berhati-hati
agar jari anda tidak tersepit di antara bahagian atas atau bawah skrin
monitor dengan kamera.
*
AWAS
-
-
-
+
-
+
+
+










