User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

21
Asas Mula Pantas
Kamera anda mempunyai kaki terbina dalam. Anda
boleh menarik keluar kaki dan pastikan kamera stabil
di atas meja atau permukaan lain sementara skrin
monitor disengetkan ke atas 180 darjah. Apabila
menggunakan kamera di atas meja atau permukaan
lain untuk tangkapan berorientasi landskap
(melintang), anda boleh melaraskan sudut tegak
kamera dengan menukar jarak bukaan kakinya.
Apabila menggunakan kamera di atas meja atau
permukaan lain untuk tangkapan berorientasikan
potret (menegak), tarik keluar bukaan kakinya
sebanyak mungkin agar kamera stabil. Menarik
keluar kakinya tidak sampai habis boleh
menyebabkan kamera tidak stabil dan terjatuh.
Walaupun semasa menggunakan kaki untuk
melaraskan sudut tegak kamera semasa menangkap orientasi landskap
(melintang), berhati-hati menarik keluar kakinya bagi mengelakkan kamera
menjadi tidak stabil, lalu menyebabkan ia terjatuh.
Apabila menggunakan kaki, pastikan lokasi anda meletakkan kamera itu stabil dan
rata.
Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah
di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya.
Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-130A atau
NP-130) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri
yang lain.
1. Buka penutup bateri.
Menggunakan Kaki
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan.
Untuk memasang bateri
Kaki