User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
38
Asas Mula Pantas
Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera.
• Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 127.
• Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan
(CS), lihat halaman 129.
1. Hidupkan kamera dan tekan
[p] (MAIN) untuk memasuki mod
MAIN.
• Ini akan memaparkan satu daripada
syot kilat yang disimpan dalam
memori.
• Maklumat mengenai syot kilat yang
dipaparkan turut disertakan (halaman
14).
• Anda juga boleh memadamkan maklumat untuk melihat syot kilat sahaja
(halaman 15).
• Anda boleh mengezum imej dengan memutar pengawal zum ke arah z
(halaman 134). Jika anda sedang merakam syot kilat yang penting, anda
disarankan supaya mengezum imej dan periksa butirannya selepas
merakamnya.
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej.
• Terus menekan salah satu butang akan menatal pada kelajuan tinggi.
• Menekan butang pengatup sehingga separuh semasa dalam mod MAIN atau
semasa skrin menu dipaparkan akan menukar terus ke mod RKM.
Melihat Syot Kilat
[p] (MAIN)
[6]
[6]
[4]
[4]










