User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
58
Tutorial Syot Kilat
Kamera anda dilengkapi dengan pelbagai jenis zum: zum optik, Zum HD, Zum SR
Tunggal, Zum Multi SR, dan zum digital. Faktor zum maksimum bergantung pada
tetapan saiz imej dan tetapan hidup/mati zum digital.
1. Dalam mod RKM, putar pengawal zum ke arah zum.
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Menangkap Gambar dengan Zum
Zum optik
Pengezuman dilakukan dengan menukar jarak fokus kanta,
oleh itu tiada kemerosotan kualiti imej.
Zum HD
Membenarkan keupayaan zum yang lebih hebat dengan
memotong sebahagian daripada imej asal dan
membesarkannya, tanpa menjejaskan kualiti imej.
Single SR Zoom
(Zum SR Tunggal)
Menggunakan teknologi resolusi tinggi untuk menyekat
kemerosotan imej (halaman 62).
Multi SR Zoom
(Zum Berbilang SR)
Menangkap letusan imej berkelajuan tinggi, yang
kemudiannya digabungkan menjadi satu imej akhir dengan
cara yang mengurangkan kemerosokan kualiti imej. Zum
Berbilang SR didayakan hanya apabila mod rakaman “Multi
SR Zoom (Zum Berbilang SR)” dipilih (halaman 63).
Zum Digital
Proses digital digunakan untuk membesarkan bahagian
tengah imej, jadi berlakunya kemerosotan kualiti imej.
w (Sudut Lebar) : Mengurangkan saiz subjek dan meluaskan jarak.
z (Telefoto) : Membesarkan subjek dan mengecilkan jarak.
w Sudut Lebar z Telefoto
Pengawal zum










