User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
69
Tutorial Syot Kilat
• Bergantung pada pemandangan “ART SHOT”, beberapa item dalam menu yang
muncul mungkin tidak boleh digunakan.
• Dengan pemandangan “ART SHOT” ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
?
(Flash Off (Denyar Mati)).
• Rakaman filem dinyahdayakan semasa “Sparkling Shot (Syot Berkilau)” dipilih.
• Dengan Filem Seni HDR, tetapan “Movie Quality (Kualiti Filem)” hanya boleh
ditetapkan kepada “HD” atau “STD” sahaja (halaman 112). Apabila mana-mana
tetapan “Movie Quality (Kualiti Filem)” selain daripada “STD” dipilih dalam mod
lain, tetapan “HD” digunakan semasa merakam dengan Filem Seni HDR.
• Apabila menggunakan “HDR Art (Seni HDR)” untuk rakaman filem, keamatan
kesan seni ditetapkan mengikut tetapan filem.
Anda boleh mengkonfigurasikan kamera bagi menyimpan dua imej apabila merakam
dengan Seni HDR: satu imej dengan penggunaan kesan Seni HDR mengikut
pemandangan yang anda pilih berserta satu lagi imej normal (Program Auto (Auto
Program)) tanpa penggunaan sebarang kesan.
1. Jajarkan dail mod dengan [C] dan kemudian tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
r
REC MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Double (HDR Art) (Berganda
(Seni HDR))” dan kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “On (Hidup)” dan kemudian tekan
[SET].
Semasa “Off (Mati)” dipilih untuk langkah di atas, hanya satu imej Seni HDR
disimpan (imej normal tidak disimpan).
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Menyimpan Imej Normal Kedua Semasa Merakam dengan Seni
HDR (Double (HDR Art) (Berganda (Seni HDR)))










