User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
84
Menggunakan BEST SHOT
5. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih.
Ini mengembalikan ke mod RKM.
• Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di
atas daripada langkah 2.
6. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau [0] (Filem)
(jika anda merakam filem).
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan, pilih
pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu
pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke mana-
mana arah.
• Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
•
Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [
4
] dan [
6
].
• Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih, tekan [SET].
. Peringatan BEST SHOT
• Imej contoh yang ditunjukkan bagi di skrin pemandangan BEST SHOT tidak
ditangkap dengan kamera ini. Ia diberikan untuk menggambarkan kesan dan merit
setiap pemandangan.
• Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
• Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dikonfigurasikan selepas anda
memilih pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST
SHOT kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST
SHOT lain atau mematikan kamera.
• Rakaman syot kilat dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT berikut
digunakan.
Prerecord (Movie) (Prarakam (Filem)), For YouTube (Untuk YouTube)
•
Rakaman filem dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT berikut digunakan.
Blurred Background (Latar Belakang Kabur), All-In-Focus Macro (Makro Fokus Semua
Di Dalam), HS Best Selection (Pilihan Terbaik HS), HS Anti Shake (Antigoncang HS),
Wide Shot (Syot Lebar), HS Night Shot (Syot Malam HS), Slide Panorama (Panorama
Slaid), Snapshot (Syot Kilat), HDMI TV Output (Output TV HDMI)
• Apabila mod filem ialah FHD/STD, filem dirakam menggunakan tetapan bagi
pemandangan BEST SHOT yang dipilih. Untuk rakaman filem berkelajuan tinggi,
tetapan pemandangan BEST SHOT diabaikan dan rakaman filem dijalankan
seperti biasa.
• Pemandangan BEST SHOT yang menggunakan CS Berkelajuan Tinggi
mengabaikan tetapan “Zoom (SR) (Zum (SR))”.
• Dengan pemandangan BEST SHOT di bawah, keadaan rakaman tertentu boleh
menyebabkan kawalan imej menjadi lebih kecil daripada biasa.
HS Night Scene and Portrait (Pemandangan Malam HS dan Potret),
HS Night Shot (Syot Malam HS)










